Sunday, December 25, 2011

'IBRAH dari Pepohonan :)

Bismillahirrahmanirrahim.....

Assalamualaikum w.b.t kepada seluruh orang2 yang beriman kepada Allah dan hari akhirat....
sudah terlalu lama saya tidak mencoretkan sesuatu di sini.....
mudahan jarak dan masa itu mendapat redha Tuhan jua mematangkan diri dalam mempersiapkan diri menghadapi hari bertemu kekasih hati.....

~~ Mengambil hikmah dari pepohonan saat bermusafir ~~

Ada daun yang berada di bawah, dan ada yang berada di puncak...

Ada daun mahupun ranting yang rosak kekontangan, dan ada yang hidup subur kehijauan...

Ada pohon yang tinggi dan ada pula yang rendah...

Ada pohon yang sendirian kelihatannya sunyi dari keramaian rakan2 pohon yang lain, dan sebaliknya ada juga yang terletak di tengah keramaian pepohonan....

Ada pohon yang kehijauan, ada yang berbunga mekar aneka warna....

Ada yang menjadi dahan...ada yang menjadi daun... ada yang menjadi ranting.... ada yang menjadi akar tersembunyi di dalam tanah..... masing-masing menjadi seperti yang dikehendaki Allah terhadap ciptaanNya.....

Dedaunan yang menunduk ke bumi, melagukan zikir dan bersujud pada sang Pencipta.....

** yang amat mengharukan jiwaku yang gersang ini **

Mereka semua menerimakan setiap yang ditentukan Tuhan buat masing2... tetap menjalankan fungsinya walau apa pun jua kondisinya.... biarpun berada di puncak mahupun yang berada di bawah malah ada yang dipijak2 oleh sang manusia.....

Tiada mungkin yang rosak meminta dijadikan subur hidup....

Tiada yang dipijak, meminta untuk dimuliakan....

Hakikatnya.... semuanya mengabdikan diri hanya pada-NYA..... Sang Pencipta..... yang Maha Menjadikan... Maha Bijaksana dalam mentadbir urusan makhluknya......
Tunduk sujud menyembah memuji Tuhan.....

Mengingati dan menyedari asal-usul kejadian dan ke mana jua akan dikembalikan.....

..."Sesungguhnya dari Allah jua kami datang, dan kepada Allah jua kami kembali"....

** Namun... bagaimanakah dengan diriku.....?? **

Malunya aku padaNya...... terlalu sedikit aku mengingatiMu ya Allah......
amat2 sedikit.....

alpa dalam menguruskan duniaku...sedangkan aku sedar yang dunia ini akan berakhir dengan kemusnahan......

Sampai bila nak terus begini...... ADIBAH...??!!!!!!!!!
Terimalah setiap kejadian Tuhan buat dirimu sendiri.... usah diminta yang lain lagi......
Kasihanilah rohaniahmu duhai diri.... jangan diikutkan lagi hawa nafsu dan syaitan diri yang takkan berhenti memusuhimu.......
Buatlah pilihan yang terbaik..... keputusan terbaik.....

~ ANTARA TUHAN DAN NAFSU ~ :'(((

Sedarlah...suatu saat nanti kau pasti mati dan akan dibangkitkan semula di hari yang....
TIADA PENGADILAN DAN PEMBELAAN DARIPADA SELAIN ALLAHU RABBUL JALIL...!!

ya Allah..... bantulah hambaMu ini dalam mendambakan redhaMu....
sungguh aku rinduuuuu.... teramat2 rindu padaMu......
tidak sabar rasanya menantikan saatnya KAU akan menjemputku.......

Bantulah dan permudahkanlah hambaMu ini dalam persiapan sebelum menghadapMu.....
membersihkan diri.... menghinakan diri......

** dan akhirnya...senyuman-MU yang akan kuperoleh.... aminnn33333... **

Salam pembersihan jiwa buat semua.... :))

Monday, September 12, 2011

Salam AidilFitri~

Assalamualaikum w.b.t....

selamat kembali kepada fitrah ketuhanan buat semua pembaca yang amat disegani lagi di bawah naungan Tuhan sekalian......
maaf zahir batin ye.....
(nak duit raya habaq na....jemput mai rumah..hehe..)

ini sahaja untuk kali ini.....
nak perkongsian selanjutnya...jemputlah singgah lagi yer...

wassalam........

Sunday, May 22, 2011

~SeNyuMaN = ReDHa~

HanYa SeNyuMaN TuHaN yG kuDaMBa~~

Ianya bukanlah semudah bicara...berperang dan bertarung dengan nafsu dan syaitan diri.....
sakit yang teramat-amat....sesak dada......
tangisan tanpa henti.......
amat-amat-amat susah......

Ya Allah....ya Tuhanku......
aku tiada kekuatan....
terasa amat2 lemah dan tak berdaya...terasa tak mampu untuk meneruskan semua ini....
namun....adakah matlamat dunia yang kukejar??
TIDAK....akhirat yang utama.....
REDHAMU......senyumanMu......

tapi....mampukah aku??

Ya Tuhanku...kurniakanlah kepadaku secebis kesabaran dan kecekalan untuk aku terus melangkah tanpa berpaling lagi......
bantulah aku ya Rabbi......
pinjamkanlah aku kekuatanMU....agar aku takkan pernah berputus asa daripada rahmatMU.....
Tuntunilah aku....Lorongkanlah aku.....
ke arah mendapatkan senyumanMU.....
REDHAMU~~

Berdosakah aku jika aku tidak lagi mahu menjadi hamba yang paling Kau kasihi?
berdosakah aku ya Rabbi??
ya Allah......Ya Tuhanku.......
bimbinglah aku....
kerana tak mampu berbuat apa-apa utk diriku tanpaMU......

bantulah aku supaya tidak menduakanMU dengan selainMU....
kuserahkan segalanya padaMU....
moga aku tidak terlupa, ini semua adalah kehendak dan percaturanMu...
siapalah aku utk meminta lebih mahupun kurang.....!!

terima kasih Tuhanku.....
**kerana dengan penulisan ini mengingatkanku akan af'alMU**

alhamdulillah~~

salamuhasabahati~mujahadah nafsu~aminn....=)

Saturday, March 12, 2011

BeRuBaH SuDuT~~namun tetap serasi.. =)

( sebelum bermula... maafkanku andai coretan kali ini agak kurang kena pada firasat dan aura kalian... sekadar lakaran minda yang tak perlu diambil peduli pun...huhu~)


Bismillahirrahmanirrahim...

Lama sungguh2 bersawang laman coretan hamba dhaif ni ye.. apa2 pun alhamdulillah hari ini tergerak hati utk melakarkan isi hati buat tatapan rakan2.. :)

Apa khabar iman kalian hari ini? apa khabar jasad kalian?
kedua2nya cukup makanan ke? moga2 kita tak menjadi orang rugi di dunia dan paling serta lebih utama di alam Baqa' kelak... ameen~

Saat ini hamba dhaif merasakan bagai berada pada satu dimensi dunia yang lain dan baru... amat2 berbeza sama sekali...

Cuba anda bayangkan, perkara yang berdalil dan dianggap paling sahih sebelum ini perlu diputarkan pada sudut lain dalam hampir 360 darjah...

Benarkah aku akan beralih dunia?
terimbau kenangan saat bersama mereka.. merasa halawatul mahabbah dan bersufi haraki...

ops..! benarkah aku bersufi haraki?? ataupun sekadar haraki semata2...?!

Dosa bertimpa2 entah bila akan pulih semula seperti fitrah asal kejadian... =(
mungkin dan mungkin mereka yang lain tidak sepertiku... mereka berharaki tanpa noda dan maksiat...
mereka benar2 menyahut seruan "gerakerja Islam yang syumul lagi teragUng"..!

Saat ini aku terfikir.. bagaimanakah dengan ukhwah dan ribatan hati yang terjalin andai jalan berputar darjah yang kupilih??
Sanggupkah aku hidup tanpa mereka yang banyak menyokong n mendokongku tanpa penat dan lelah??

(..berfikir dan terus berfikir..)


kenangan bersama UMMI terchenta! :)


bersama sahabat2 seperjuangan di JORDAN...


Namun aku dah punya jawapan untuk semuanya...
kerohanian... rabithah yang amat mengikat setiap denyutan jantungku...

Biarlah segala2nya ingin berubah wajah sekalipun... namun, kebahagiaan hakiki yang kudamba saat ini...
Ya..! aku tak akan berpaling arah... insya Allah.... ^_^

"MAAFKANKU SAHABAT, AKU TIDAK SEBERSIH DAN SESUCI KALIAN..!"
~~KiTa MaSiH SaHaBaT~~~ :)


apa2 pun hidup perlu diteruskan... imtihan awal sudah menampakkan bayangnya walaupun diri hamba dhaif belum merasai bahangnya..huhu~

sama2 kita pulun ye...!

**IMTIYAZ DUNIA AKHIRAT**biiznillah~~ :)



salam mujahadah perjuangan..! (",)


Friday, January 28, 2011

~aLHaMDuLiLLaH..~~ :)

Bismilahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah3x atas nikmat iman n qudrat olehNya...

Serasa bagaikan tak percaya, kami telah mengakhiri fasal pertama pengajian... dan tidak lama lagi akan bermula fasal kedua..

Alhamdulillah ya Allah atas segala-galanya... keputusan imtihan yang mampu membuatkan hambaMu ini terharu kesyukuran... ya Rabb, Kau bimbinglah kami untuk terus menetapkan iltizam menghadapi hari-hari mendatang~

Terima kasih buat kakak-kakak senior yang telah memberi tunjuk ajar tentang pemilihan madah untuk fasal depan. Celaru, bingung, kelam-kabut..semuanya ada.. risau takut syukbah tutup dan kami tak dapat mengambil madah seperti yang dirancang... ALHAMDULILLAH~~
Kalian memang berjasa buat adik-adik yang separa mentah.. :)

Apabila menyingkap pada kehidupan kami yang boleh dikatakan amat-amat asing lagi di bumi Urdun ini, ana dapat merasakan bahawa kata-kata mereka orang-orang lama teramat ada benarnya...

"Di Bumi Anbiya' ni, semua perkara kena bergantung pada Allah... apa-apa pun semuanya dapat 'cash' daripada Allah.."

setiap inci dan sudut... akan nampak kesannya...

Ya Allah.. terasa amat-amat kerdil diri ini...
kadang-kadang merasakan tidak percaya yang diri ini sedang berjuang di dataran para syuhada' ma'rakah mu'tah...

saat berjalan.. akal berimaginasi adakah tanah tempat yang dipijak ini ada tertanam salah seorang sahabat yang gugur syahid... ya Allah...

Adakah aku kelak akan meninggalkan dunia seumpama mereka, mulia di sisiMu ataupun tidak sedikitpun endahan daripada makhluk langit...

Hina dan terlalu hinanya diri ini...

sering lalai dan leka menyempurnakan hak-hakMu.. astaghfirullah...

sahabat-sahabat..

Sama-samalah kita resapi walau sedetik semangat perjuangan Baginda dan sahabat-sahabat di dataran ini...

Hidupkan ihsan dan taqwa dalam diri saat sendirian mahupun ramai... Waspadalah pada noda dan maksiat yang akan menjarakkan lagi kita dengan pencipta teragung...

Beringatlah akan hari di mana hanya rahmat dan kasih-sayangNya sahaja yang mampu memberi kebahagian hakiki dan abadi...

Suatu masa dahulu, mereka pejuang-pejuang Islam berperang dengan pedang dan senjata...
~~MEREKA MENANG~~
Kini kita berperang dengan nafsu yang takkan pernah henti menagih dan meminta...
~~PASTIKAN KITA JUGA MENANG~~
insya Allah...

**Kebahagiaan hakiki hanyalah dariNya.. Galilah selain jalanNya, nescaya bahagiamu bukan hanya bersifat sementara, malah bakal berganti kegelisahan tak berpenghujung**

Jom kembali pada Allah..!! :)


Makam as-Syahid Abdullah bin Rawahah



Makam as-Syahid Ja'far bin Abi Talib (sepupu Rasulullah)



Makam as-Syahid Zaid bin Harithah (anak angkat Rasulullah)


Salam Juang..!


Wednesday, November 10, 2010

~~KaHWiN Di SiNi..??~~

Bismillahirrahmanirrahim..

video

Sejak kebelakangan ni kerap terdengar, ditanya, mendengar dan yang seumpama dengannya...

"Macam mana ye kalau kahwin kat sini (Jordan)..??"

"Sanggup tak nak kahwin jauh dari keluarga..??"

banyak jawapannya...

"Tak nak lah..! nak hadapi hari bahagia bersama keluarga tercinta...."

"Tak mampulah nak kahwin sambil belajar... banyak komitmen.."

and so on...

Tiba2 terdetik di mindaku...

"Macam mana ya kalau meninggal dunia (MATI) kat sini (Jordan)..??"

haa... boleh ke nak bagi jawapan macam ni..?

"Tak boleh lah..!! jauh dari keluarga tersayang.."

"Tak boleh lah..!! amal tak banyak lagi.. kalau ada pun belum tentu ikhlas lagi..."

"Tak boleh lah..!! belum bersedia lagi.. nak tatap wajah orang2 tersayang buat kali terakhir dulu.. hutang banyak lagi yang tak terlangsai... nak balas jasa mak ayah dulu..."

and so on...

Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah sekalian..

Ana yakin kita semua pasti ma'ruf dan lazim dengan firman Allah yang bermaksud:

"Setiap yang bernyawa akan merasakan mati..."...(Surah al-Anbiya': 35)

Andai ada yang membacakan ayat tersebut pada kita, pasti ianya bagaikan lali di pendengaran.. bagaikan angin lalu pada kotak fikiran...

Bahkan...

Sedikitpun tidak menggentarkan jiwa... kalbu bagaikan batu di jalanan yang tak mendapat apa2 kesan sekalipun dipijak, dibaling mahupun ditimpa hujan bertimpa2..

benarkah hati kita sebegitu.??

tepuk dada, tanyalah iman masing2...

Sedar atau tidak... ayat di atas adalah dialog khas yang Allah tujukan pada hamba yang dicintaiNya... siapa lagi kalau bukan KITA..!!

Andai kita sedang berbicara pada sesiapa.. lalu orang tersebut tak memberikan apa2 respon, pasti tersayat di hati... makan hati yang boleh membunuh mahabbah dan tautan kasih-sayang..

Apatah lagi jika orang tersebut tak menghiraukan langsung apa yang diperkatakan, bahkan mengingkarinya... Pasti dan Pasti kita akan terlanjur melepaskan emosi...

Bagaimana pula dengan dialog yang Allah tujukan khas untuk KITA>>??

Tidakkah zalim andai kita mengambil jalan mudah... tak mengendahkannya malah terdapat sebilangan yang tak sedar2 diri (termasulah diri hamba dhaif ini)....

Bertambah zalimnya kita apabila Allah telah menggantikan kelalaian dan ketidakendahan kita dengan BERJUTA2 NIKMAT yang takkan pernah terbalas sampai bila2 pun...

Pernahkah sehari kita hidup tanpa dapat bernafas dengan oksigen yang cukup..??

Pernahkah sehari kita berjalan tanpa menggunakan kaki, melihat tanpa mata, menyentuh tanpa tangan, mendengar tanpa telinga..??

Semua yang diberikan Allah cukup pakej... tak perlu dibayar dengan sesuatu yang diluar kemampuan...

TAPI....

Cuba kita koreksi diri kembali~

Berapa ramai yang berlumba2 solat di awal waktu.. secara berjemaah...??

Berapa ramai yang rindu berdialog denganNya dengan alunan2 yang merdu lagi mengasyikkan..??

Berapa ramai yang sanggup mengorbankan apa yang disayanginya kepada orang lain...??

Berapa ramai yang menggunakan nikmat2 yang dikurniakanNya pada jalanNya..??

Berapa ramai yang mengutamakan dan memilihNya sebagai kekasih teragung... yang selalu dirindui dan didamba saat senang dan susah...??

Sekali lagi tepuk dada, tanyalah iman masing2...

...............................>>>>>...<<<<<...............................

Sahabat2 bakal penghuni syurga kelak...

Allah tak meletakkan apa2 syarat pada hambaNya sepertimana balasan kesetiaan yang dituntut oleh sang kekasih hati..

Hanya satu yang perlu dan sering diingatkanNya...

"Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaku.."

Sahabat2 yang sentiasa di bawah peliharaanNya...

Biarlah kita menjadi seperti batu... keras dan teguh pada yang HAK... bukannya tidak boleh dilentur langsung sepertimana stalaktit dan stalakmid... malah masih tegar saat dilentur dengan TARBIYAH khas dari ILAHI... =)

Semoga saat kita dijemputNya nanti... akan mengukirkan senyuman kepuasan warga dunia ciptaanNya.. insya Allah...

ameen..~~

***salamuhasabahati***