Wednesday, November 10, 2010

~~KaHWiN Di SiNi..??~~

Bismillahirrahmanirrahim..

video

Sejak kebelakangan ni kerap terdengar, ditanya, mendengar dan yang seumpama dengannya...

"Macam mana ye kalau kahwin kat sini (Jordan)..??"

"Sanggup tak nak kahwin jauh dari keluarga..??"

banyak jawapannya...

"Tak nak lah..! nak hadapi hari bahagia bersama keluarga tercinta...."

"Tak mampulah nak kahwin sambil belajar... banyak komitmen.."

and so on...

Tiba2 terdetik di mindaku...

"Macam mana ya kalau meninggal dunia (MATI) kat sini (Jordan)..??"

haa... boleh ke nak bagi jawapan macam ni..?

"Tak boleh lah..!! jauh dari keluarga tersayang.."

"Tak boleh lah..!! amal tak banyak lagi.. kalau ada pun belum tentu ikhlas lagi..."

"Tak boleh lah..!! belum bersedia lagi.. nak tatap wajah orang2 tersayang buat kali terakhir dulu.. hutang banyak lagi yang tak terlangsai... nak balas jasa mak ayah dulu..."

and so on...

Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah sekalian..

Ana yakin kita semua pasti ma'ruf dan lazim dengan firman Allah yang bermaksud:

"Setiap yang bernyawa akan merasakan mati..."...(Surah al-Anbiya': 35)

Andai ada yang membacakan ayat tersebut pada kita, pasti ianya bagaikan lali di pendengaran.. bagaikan angin lalu pada kotak fikiran...

Bahkan...

Sedikitpun tidak menggentarkan jiwa... kalbu bagaikan batu di jalanan yang tak mendapat apa2 kesan sekalipun dipijak, dibaling mahupun ditimpa hujan bertimpa2..

benarkah hati kita sebegitu.??

tepuk dada, tanyalah iman masing2...

Sedar atau tidak... ayat di atas adalah dialog khas yang Allah tujukan pada hamba yang dicintaiNya... siapa lagi kalau bukan KITA..!!

Andai kita sedang berbicara pada sesiapa.. lalu orang tersebut tak memberikan apa2 respon, pasti tersayat di hati... makan hati yang boleh membunuh mahabbah dan tautan kasih-sayang..

Apatah lagi jika orang tersebut tak menghiraukan langsung apa yang diperkatakan, bahkan mengingkarinya... Pasti dan Pasti kita akan terlanjur melepaskan emosi...

Bagaimana pula dengan dialog yang Allah tujukan khas untuk KITA>>??

Tidakkah zalim andai kita mengambil jalan mudah... tak mengendahkannya malah terdapat sebilangan yang tak sedar2 diri (termasulah diri hamba dhaif ini)....

Bertambah zalimnya kita apabila Allah telah menggantikan kelalaian dan ketidakendahan kita dengan BERJUTA2 NIKMAT yang takkan pernah terbalas sampai bila2 pun...

Pernahkah sehari kita hidup tanpa dapat bernafas dengan oksigen yang cukup..??

Pernahkah sehari kita berjalan tanpa menggunakan kaki, melihat tanpa mata, menyentuh tanpa tangan, mendengar tanpa telinga..??

Semua yang diberikan Allah cukup pakej... tak perlu dibayar dengan sesuatu yang diluar kemampuan...

TAPI....

Cuba kita koreksi diri kembali~

Berapa ramai yang berlumba2 solat di awal waktu.. secara berjemaah...??

Berapa ramai yang rindu berdialog denganNya dengan alunan2 yang merdu lagi mengasyikkan..??

Berapa ramai yang sanggup mengorbankan apa yang disayanginya kepada orang lain...??

Berapa ramai yang menggunakan nikmat2 yang dikurniakanNya pada jalanNya..??

Berapa ramai yang mengutamakan dan memilihNya sebagai kekasih teragung... yang selalu dirindui dan didamba saat senang dan susah...??

Sekali lagi tepuk dada, tanyalah iman masing2...

...............................>>>>>...<<<<<...............................

Sahabat2 bakal penghuni syurga kelak...

Allah tak meletakkan apa2 syarat pada hambaNya sepertimana balasan kesetiaan yang dituntut oleh sang kekasih hati..

Hanya satu yang perlu dan sering diingatkanNya...

"Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaku.."

Sahabat2 yang sentiasa di bawah peliharaanNya...

Biarlah kita menjadi seperti batu... keras dan teguh pada yang HAK... bukannya tidak boleh dilentur langsung sepertimana stalaktit dan stalakmid... malah masih tegar saat dilentur dengan TARBIYAH khas dari ILAHI... =)

Semoga saat kita dijemputNya nanti... akan mengukirkan senyuman kepuasan warga dunia ciptaanNya.. insya Allah...

ameen..~~

***salamuhasabahati***