Tuesday, December 29, 2009

.: TaQaRruB iLaLLaH... :.

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...

ASSALAMUALAIKUM W.B.T..

ya Allah...

Hanya DIA yang mengetahui isi hatiku saat ini...

sahabat sahabiah yang dirahmati Allah,

di saat diri hamba dhaif ini mencoretkan sesuatu, rasa macam di awang2an, tak berada di alam sedar..

Gelisah...

Tak tenang...

Resah...

Bingung...

yang pasti.... rasa jauh dari ALLAH....

Bila dikoreksi diri, tak nampak puncanya...

segalanya jadi tak kena.. nak menangis?? nak tersenyum??

ya Allah...

Bolehkah aku mulakan kehidupanku dari awal?? saat hati tak terhijab dek kotoran dan maksiat...

PASTI BOLEH!!

tapi... dah macam2 cara aku cuba... tetap di takuk lama...

mungkin inikah yang dinamakn mujahadah?? ataukah diriku masih belum telus denganMu...

MATI??!

Terasa gentar andai nyawaku diambil saat ini... bukan kerana amalku yang belum menggunung!!

Bukan!!

tapi... kerana REDHANYA YANG BELUM KURAIH...!!

Syeikh Ibnu al-Jauzi berkata:

" Ketika aku berdepan dengan satu masalah yang menyesakkan dada sekian lama, aku berusaha menyelesaikan kebingungan ini dengan berfikir keras. Namun, tidak kutemukan jalan penyelesaiannya... kemudian aku ditunjukkan sebuah ayat: 'Sesiapa bertaqwa kepada Allah, maka akan diberikan kepadanya jalan keluar.' (Surah at-Talaq: 2) Selepas itu aku sedar bahawa ketaqwaan adalah jalan keluar dari kebingungan. Itu sebabnya aku berusaha meningkatkan ketaqwaanku, dan ketemukanlah jalan keluar.."

Kata2 Dr 'Aidh Abdullah al-Qarni:

" Kebaikan bagi orang yang berakal adalah ketaqwaan. Tidak ada seksa kecuali kerana adanya dosa dan tidak seorang pun diangkat darjatnya kecuali dengan bertaubat. Sesungguhnya kekeruhan fikiran, kesedihan dan kegelisahan adalah akibat perbuatan maksiat yang anda lakukan, seperti leka dalam solat, mengumpat wanita muslimah, meremehkan hijab dan melakukan hal2 yang diharamkan Allah..

Sesungguhnya sesiapa yang melanggar ketentuan Allah terpaksa membayar harga perbuatannya dan perlu melangsaikan kelalaiannya. Yang menciptakan kebahagiaan adalah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, lalu mengapa anda memohon kepada yang lain? Jika manusia yang menguasai kebahagiaan, maka tidak ada orang yang miskin, orang yang sedih dan orang yang gundah-gulana..."

Tambah beliau lagi...

" Tak usah terlalu berfikir tentang sesuatu yang tidak penting dan membuatmu tidak bermaya. Eloklah lupakan sahaja. Sebaliknya, tumpukanlah fikiran untuk kejayaan, kerana dengan begitu hatimu tidak akan terganggu..."

Masya Allah...

Benarkah semudah itu...

Al-Wajibat Aktharu minal Awqat...

Di sini, ana mengambil kesempatan memohon kemaafan atas kekhilafan yang pernah dilakukan secara sedar mahupun tidak... moga2 usaha yang secebis ini mampu meningkatkan ketaqwaaan diri ini dan sahabat2 kepada Zat yang Maha Agung...

Kepada sahabat2 semester 6, salam mujahadah Quran!! =*)
Sem akhir doh ni.. chayo'2x!!

> HILANGKAN DUKA NESTAPAMU DENGAN TAQARRUB KEPADA YANG MAHA MENGETAHUI YANG GHAIB <