Tuesday, December 29, 2009

.: TaQaRruB iLaLLaH... :.

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...

ASSALAMUALAIKUM W.B.T..

ya Allah...

Hanya DIA yang mengetahui isi hatiku saat ini...

sahabat sahabiah yang dirahmati Allah,

di saat diri hamba dhaif ini mencoretkan sesuatu, rasa macam di awang2an, tak berada di alam sedar..

Gelisah...

Tak tenang...

Resah...

Bingung...

yang pasti.... rasa jauh dari ALLAH....

Bila dikoreksi diri, tak nampak puncanya...

segalanya jadi tak kena.. nak menangis?? nak tersenyum??

ya Allah...

Bolehkah aku mulakan kehidupanku dari awal?? saat hati tak terhijab dek kotoran dan maksiat...

PASTI BOLEH!!

tapi... dah macam2 cara aku cuba... tetap di takuk lama...

mungkin inikah yang dinamakn mujahadah?? ataukah diriku masih belum telus denganMu...

MATI??!

Terasa gentar andai nyawaku diambil saat ini... bukan kerana amalku yang belum menggunung!!

Bukan!!

tapi... kerana REDHANYA YANG BELUM KURAIH...!!

Syeikh Ibnu al-Jauzi berkata:

" Ketika aku berdepan dengan satu masalah yang menyesakkan dada sekian lama, aku berusaha menyelesaikan kebingungan ini dengan berfikir keras. Namun, tidak kutemukan jalan penyelesaiannya... kemudian aku ditunjukkan sebuah ayat: 'Sesiapa bertaqwa kepada Allah, maka akan diberikan kepadanya jalan keluar.' (Surah at-Talaq: 2) Selepas itu aku sedar bahawa ketaqwaan adalah jalan keluar dari kebingungan. Itu sebabnya aku berusaha meningkatkan ketaqwaanku, dan ketemukanlah jalan keluar.."

Kata2 Dr 'Aidh Abdullah al-Qarni:

" Kebaikan bagi orang yang berakal adalah ketaqwaan. Tidak ada seksa kecuali kerana adanya dosa dan tidak seorang pun diangkat darjatnya kecuali dengan bertaubat. Sesungguhnya kekeruhan fikiran, kesedihan dan kegelisahan adalah akibat perbuatan maksiat yang anda lakukan, seperti leka dalam solat, mengumpat wanita muslimah, meremehkan hijab dan melakukan hal2 yang diharamkan Allah..

Sesungguhnya sesiapa yang melanggar ketentuan Allah terpaksa membayar harga perbuatannya dan perlu melangsaikan kelalaiannya. Yang menciptakan kebahagiaan adalah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, lalu mengapa anda memohon kepada yang lain? Jika manusia yang menguasai kebahagiaan, maka tidak ada orang yang miskin, orang yang sedih dan orang yang gundah-gulana..."

Tambah beliau lagi...

" Tak usah terlalu berfikir tentang sesuatu yang tidak penting dan membuatmu tidak bermaya. Eloklah lupakan sahaja. Sebaliknya, tumpukanlah fikiran untuk kejayaan, kerana dengan begitu hatimu tidak akan terganggu..."

Masya Allah...

Benarkah semudah itu...

Al-Wajibat Aktharu minal Awqat...

Di sini, ana mengambil kesempatan memohon kemaafan atas kekhilafan yang pernah dilakukan secara sedar mahupun tidak... moga2 usaha yang secebis ini mampu meningkatkan ketaqwaaan diri ini dan sahabat2 kepada Zat yang Maha Agung...

Kepada sahabat2 semester 6, salam mujahadah Quran!! =*)
Sem akhir doh ni.. chayo'2x!!

> HILANGKAN DUKA NESTAPAMU DENGAN TAQARRUB KEPADA YANG MAHA MENGETAHUI YANG GHAIB <

Wednesday, November 25, 2009

...SEKADAR PERKONGSIAN...

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum w.b.t...

Salam aidiladha ana ucapkan especially buat family tercinta... juga buat sanak saudara, guru2, sahabat2 seperjuangan dan sesiapa yang mengenali diri ini... MAAF jika ada melakukan sebarang kekhilafan yang sengaja atau tak disengajakan ( mesti ada...).

Sekadar perkongsian...

Jika lihat siaran tv baru2 ni (atau mungkin dah lama), rasa tersayat hati ni... macam2 rancangan realiti tv dengan iklan2 yang tak bermanfaat ditayangkan...

program realiti tv tak cukup sekadar untuk remaja2 dan orang dewasa, malah nak libatkan kanak2 juga.. Idola Kecil, Bintang Kecil.. memanglah kalau difikirkan kanak2 lebih baik, tak baligh lagi.. tak berdosa mendedahkan aurat...

tapi..

apa kesannya pada generasi akan datang??!

Sedangkan ummah yang kini masih ramai yang jahil dan tak terbela... dalam masa yang sama nak men'jahil'kan ummah akan datang yang berpotensi besar dalam kebangkitan Islam... Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud:
"Anak2 kecil yang dilahirkan ke dunia ini ibarat kain putih. Ibu bapalah yang akan mencorakkan mereka..."
Segalanya terpulang pada parents untuk buat corak batik ke, anyam ke... ataupun nak klorox supaya makin putih ke... hak dan tanggungjawab berada dalam tangan mereka... tapi ini tak bermakna ana menyalahkan ibu bapa sepenuhnya... dunia zaman sekarang ni banyak yang tidak terduga..=(
banyak faktor lain yang boleh menjerumuskan kepada negatif... betul tak?
Yang tambah menyedihkan lagi, dah banyak agenda kuffar dalam menyongsangkan aqidah ummah Islam masa kini... dalam pelbagai bentuk.. movie, novel, komik dsb..
Di Malaysia pulak, yang terbaru akan ditayangkan di pawagam cerita 'Jalang'... tak cukup dengan 'Pisau Cukur' dan sebelum ni 'Bohsia'.. banyak unsur dan aksi yang men'jelek'kan bagi yang sedar dalam iman.. tapi, bagi yang tidur macammana?!!
Masya Allah...
Astaghfirullah al-Azim...
apa yang ana nak 'highlight'kan di sini, movie2 sekarang ni banyak yang merendahkan martabat wanita secara sedar atau tidak...
Ada juga iklan 'tuala wanita' jenama CAREFREE secara komersial yang ditayangkan di tv... bersama misi mencari duta atau dewi (carefree queen)..
Ya ALLAH... tak ada cara lain ke untuk cari rezeki?? sekalipun untuk mempamerkan keindahan kaum hawa, bukan itu caranya!!
Sedangkan Allah s.w.t dan kekasihNya, Rasulullah s.a.w tak pernah sekalipun memperkotak-katikkan maruah wanita, malah banyak kelebihan dan darjat tertentu yang diberikan khas untuk kaum hawa walau sekecil-kecil perkara yang dilakukan...
Benarlah firman Allah dalam surah al-Ahzab yang bermaksud:
"..........sesungguhnya manusia itu SANGAT zalim dan jahil (bodoh)"
Justeru, ana menyeru kepada sahabat sahabiah yang masih terlena dalam jaga, kita semua berperanan dalam menjulang syiar Islam di muka bumi Allah ini..
Jasad hidup kerana roh,
Roh hidup kerana iman,
Iman hidup kerana ilmu,
Ilmu hidup kerana amal,
Amal hidup kerana ikhlas..
Baik dan buruk daripada hamba yang dhaif ini.. hakikatnya kedua2nya disandarkan kepada Allah jua.. Wallahu 'Alam...
SALAM JUANG!!

Monday, November 23, 2009

GeNaP SeTaHuN...


Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum...=)

Dah lame sangat tak posting... sibuk sikit=(
alhamdulillah masih ada kesempatan skrg walaupun seringkasnya... apa khabar sahabat2 seperjuangan??
iman?? fizikal?

moga2 kita tetap berada di bawah payungan rahmat dan redhaNya...=)

Alhamdulillah dah setahun batch kami memegang tampuk kepimpinan PERKEMAT bagi sesi 08/09... banyak pengalaman dan kenangan kami kongsi bersama tak kiralah pahit mahupun manis... tapi...

bila ingat2 balik, yang pahit pun jadi manis...

Alhamdulillah.. semua tu tarbiyah daripada Allah... Allah lebih tahu apa yang kita PERLU bukan yang kita MAHU...!


Semoga Islam akan lebih gah dengan pimpinan adik2 baru 09/10... Ana optimis dengan kemampuan mereka... insya Allah...

TAKBIR!!
Allahu Akbar..!

Tuesday, September 22, 2009

...ImAn Oh iMaN...


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..

Assalamualaikum w.b.t...

Apa khabar iman dan jasad kita hari ini??!

Keimanan manusia tidak seperti malaikat.. pun juga bukan seperti iblis la’natullah...

Keimanan manusia selalu dinamis, naik dan turun... sebagaimana sabda nabi Muhammad, "Al imanu yaziidu wa yanqus, jadiidu”..

ertinya:
'Iman itu kadang naik dan kadang turun, maka perbaharuilah selalu iman itu'...

Teringat ana pada kata2 ustaz ana... tanda Allah sayang pada kita, Allah berikan tanda2 pada setiap apa yang akan berlaku... cuma kita je yang sering terleka n buat2 tak sedaq!!

BETUL TAK??!

tanda2 sebelum mati, sakit kronik, dsb...

Tapi... dalam banyak2 tanda tu, tanda2 lemahnya iman yang perlu dititik beratkan supaya kita cemerlang, gemilang n terbilang di dunia akhirat...

JOM kita 'peghati' satu2....

Tanda-tanda Lemahnya Iman seseorang:

* Terus menerus melakukan dosa dan tidak merasa bersalah

* Berhati keras dan tidak berminat untuk membaca Al-Qur’an

* Berlambat-lambat dalam melakukan kebaikan, seperti terlambat untuk melakukan shalat

* Meninggalkan amalan2 sunnah Rasulullah s.a.w

* Memiliki suasana hati yang goyah, seperti bosan dalam kebaikan dan sering gelisah

* Tidak merasakan apapun ketika mendengar ayat Al-Qur’an dibacakan, seperti ketika Allah mengingatkan tentang hukumanNya jika ingkar dan janji-janjiNya tentang khabar gembira bagi mereka yang beriman

* Kesulitan dalam berzikir dan mengingat Allah

* Tidak merasa risau ketika keadaan berjalan bertentangan dengan syari’ah

* Menginginkan pangkat dan kekayaan

* Kikir dan bakhil, tidak membahagikan rezeki yang dikurniakan oleh Allah kepada yang selayaknya

* Memerintahkan orang lain untuk berbuat kebaikan, sementara dirinya sendiri tidak melakukannya

* Merasa senang ketika urusan orang lain tidak berjalan seperti yang dikehendaki

* Hanya memperhatikan yang halal dan yang haram, dan tidak menghindari yang makruh

* Memperolok2an orang yang berbuat kebaikan kecil, seperti membersihkan masjid dll

* Tidak memperhatikan kondisi kaum muslimin

* Tidak merasa bertanggung jawab untuk melakukan sesuatu demi kemajuan Islam

* Tidak mampu menerima musibah yang menimpanya, seperti menangis dan meratap atas kematian

* Suka membantah, hanya untuk berbantah-bantahan, tanpa memiliki bukti

* Merasa asyik dan sangat tertarik dengan dunia, kehidupan duniawi, seperti resah dengan kehilangan harta benda

* Merasa asyik (ujub) dan terobsesi pada diri sendiri

ASTAGHFIRULLAH AL-AZIM...
ada tak tanda2 tersebut pada diri kita?

sama2 la kita koreksi diri...

tanda Allah sayang kita juga, Allah beri kita penawar dan penyembuh pada setiap penyakit atau masalah yang melanda...

JOM kita tengok perkara2 yang dapat meningkatkan iman!!

~ Tilawah Al-Quran dan mentadabbur maknanya, hayati dan baca dengan suara yang lembut tidak tinggi... Insya Allah hati kita akan lembut... cuba rasakan seolah2 Allah sedang berbicara dengan kita... ya Allah...

~ Menyedari keagungan Allah... Segala sesuatu berada dalam kekuasaannya. Segala sesuatu terjadi sesuai dengan kehendakNya. Allah maha menjaga dan memperhatikan segala sesuatu!! bahkan seekor semut hitam yang bersembunyi di balik batu hitam dalam kepekatan malam sekalipun... masya Allah...

~ Berusaha menambah pengetahuan, setidak2nya perkara2 dasar yang dilakukan dalam kehidupan seharian, seperti cara berwudhu dengan betul.. Mengetahui makna nama-nama dan sifat-sifat Allah... orang-orang yang bertakwa adalah mereka yang berilmu!!

~ Menghadiri majlis2 zikir yang mengingati Allah... Malaikat memayungkan sayapnya kepada majlis2 seperti ini...

~ Selalu menambah perbuatan baik... istiqamah dengan amalan yang sedikit itu lebih baik...

~ Takut untuk menghadapi maut dalam keadaan yang buruk...

~ Mengingati fasa2 kehidupan akhirat, fasa ketika kita di dalam kubur, fasa ketika kita diadili, fasa ketika kita dihadapkan pada dua kemungkinan, akan berakhir di surga, atau neraka.

~ Berdoa... menyedari bahwa kita memerlukan Allah. Merasa kecil di hadapan Allah...

~ Cinta kita kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala harus dibuktikan melalui perbuatan... Kita hendaklah berdoa semoga Allah menerima solat n amalan kita, dan sentiasa merasa takut untuk melakukan maksiat... Malam hari sebelum tidur, sewajarnya kita bermuhasabah, koreksi perbuatan kita sepanjang hari itu.

~ Menyedari akibat melakukan dosa dan maksiat... Iman seseorang akan bertambah dengan melakukan kebaikan, dan menurun dengan melakukan perbuatan buruk.

WALAHAULAWALA QUWWATA ILLA BILLAHIL'ALIYYIL 'AZIM....

Semua yang terjadi adalah karena Allah menghendaki hal itu terjadi... ketika musibah menimpa kita, itupun dari Allah...

SEGALANYA DARI ALLAH!!!=)

wallahu a'lam...

Thursday, August 20, 2009

...ZUhuD dGn DuNiA...

Assalamualaikum...

dah lama rasanya ana tak posting ni... ni pun atas belas ihsan ukhti afrida pinjamkan laptop, dapatlah ana coretkan sesuatu...

lusa dah ramadhan...
Ya Allah... bersediakah diri ini... persiapan tak lengkap lagi...

Aqidah??

Ibadah??

Akhlak??

AStaghfirullah al-Azim....

terasa kerdilnya diri ini di hadapanMu ya Allah....

Jika dulu, para sahabat amat2 gembira utk bertemu ramadhan... dan menangis utk berpisah dengannya...

bagaimana pula dengan diri ini???

YA ALLAH......
LA ILAHAILLALLAH.....

TIADA TUHAN YANG DISEMBAH MELAINKAN ALLAH....

hanya Kau satu2nya tempatku bergantung...

tiada yang lain untuk mengampuni dosa-dosaku,

mendengar rintihanku,

menghibur dan memberi ketenangan kpd jiwa yang gersang ini,

hanya Kau ya Allah....

Alhamdulillah, dlm kesibukan meniti alam study (takde la sibuk sgt pun sebenarnya)... Allah memberi kesempatan kpd ana menghadamkan buku 'Tundukkan Hati' karangan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat....

Masya Allah...

terasa hampir diri ini dgn kematian....

...ZUHUD DENGAN DUNIA...

inilah yang boleh ana simpulkan dari buku tersebut...
betapa segala yang ada di muka bumi ini adalah milikNya.. tapi kita sering lalai dan leka...
sering terlupa kononnya hak dan milik kita tu memang kitalah yang punya...

Kepandaian..thaqafah mantop!! belajar tinggi...
Kecantikan.... habis duit utk solekan je...
Kemewahan....
dan banyak lagi nikmat Allah....

SEDAR ATAU TIDAK... semua tu hanyalah pinjaman Allah pada kita...

HANYA PINJAMAN!!

bila2 Allah boleh tarik balik nikmat2 yang diberi...
jangan sesekali kita sombong dengan apa yang ada... dan yang lebih penting jangan kita BERLAGAK DENGAN ALLAH!!

tiada kekuatan dan kemampuan melainkan hanya dari Allah...

Bersederhanalah kita dalam meniti hidup ini....

hidup hanya persinggahan sementara... macam hentian R&R je...

dunia ini sebagai bekalan untuk akhirat...

ya!! BEKALAN....

apa yang ingin kita hadapkan di hadapan Allah jika bekalan tak cukup...
akhiratlah destinasi terakhir kita yang kekal abadi...

SYURGA??

jangan duk perasan la... berangan la sampai bila2... Selagi kita tak tunaikan hak Allah, jangan bermimpi hak kita akan tertunai...

kita sering brfikir utk berubah... jadi baik... tapi selalu hanya hangat2 tahi ayam je...

'jangan megaku diri kita beriman sedangkan kita belum pun diuji'

Memang Allah akan uji... sama ada keperitan mahupun kesenangan...

tapi..... ujian ni ada dua...

jika kita nak tahu Allah sayang pada kita, bila kita diuji...ujian tersebut akan mendekatkan lagi diri kita pada Allah...
rasa ingin selalu merintih, mengadu dan berdamping denganNya...

dan sebaliknya... jika dgn ujian tersebut kita semakin lalai dan jauh dari Allah, itulah tandanya kita sedang mendapat kemurkaan Allah...
Na'uzubillahi min zalik...

Justeru, janganlah kita lokek dgn apa yang kita ada...

rajin2lah menginfakkannya pada jalan Allah... walaupun dgn secebis ilmu yang kita pinjam dari Allah....

SEbab...

sedeqah jariah (ilmu yang bermanfaat,harta benda dll) sahaja yang dapat menjadi bekal kita apabila menghadap Allah nanti... di samping doa anak yang soleh (nak tunggu kawin entah bila)...

BUKTIKAN KECINTAAN DAN KESYUKURAN KITA PADA RABBUL JALIL!!!

caranya...

redha dgn setiap yang Allah anugerahkan...
gunakan semua nikmat kurniaanNya utk mandapat MARDHOTILLAH....

AYUH KITA BANGKIT!!

kitalah pencetus revolusi ummah masa kini....

Semoga kehadiran Ramadhan kali ini memberi seinfiniti erti dalam hidup ana dan sahabat2 sekelian...
Ameen...

RAMADHAN KAREEM...

SELAMAT MENGUMPUL BEKALAN UTK NEGERI BAQA'...

ad'aful 'abd=)

Friday, July 24, 2009

aGunGnYa CipTaAnNYA...

LELAKI

Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh
manakala
dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya...

Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh...

BERATKAN?

Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggungjawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya...Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya...

BERATKAN??

Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak...
Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin.

Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung.
Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung (ikut kajian laa..)

Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya...

WANITA

Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.
Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
Saksinya kurang berbanding lelaki.
Menerima pusaka kurang dari lelaki.
Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.
Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.
Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.

Pernahkah kita lihat sebaliknya??

Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.

Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya... Bukankah ibu adalah seorang wanita ?

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya , manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak...

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di muka bumi ini,
dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Di akhirat kelak...
Seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita :
1. ibunya
2. isterinya
3. anak perempuannya
4. saudara perempuannya

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini :
1. suaminya
2. ayahnya
3. anak lelakinya
4. saudara lelakinya

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja :
1. sembahyang 5 waktu
2. puasa di bulan Ramadhan
3. taat suaminya
4. menjaga kehormatannya

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

MasyaALLAH...

Sayangnya ALLAH pada wanita....

Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki
tetapi ingatlah wahai lelaki... kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin.... maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya... supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA...

"Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu bermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehingga dengan segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab nikmatNya."
(Ali- Imran:103)

Pada hari itu (hari qiamat), manusia diberitahu akan segala yang telah dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan. Bahkan manusia itu, anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun dia bersungguh-sungguh memberikan alasan untuk membela diri...

FASTABIQUL KHAIRAT....!!

SOLAT??!!

Sempurnakah sujudku??

Mungkin ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud...
Pada hal, kita perlu sedar bahawa TIADA suatu pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t. yang SIA-SIA... malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau dek akal manusia.

Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t. dan menjauhi larangannya...

Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama...

Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya...

Bernafas ketika sujud pula boleh:
  • membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya
  • membetulkan pundi peranakan yang jatuh
  • melegakan sakit hernia (burut)
  • mengurangkan sakit senggugut ketika haid
  • melegakan paru-paru daripada ketegangan
  • mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa

Kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh...

meringankan bahagian pelvis...

memberi dorongan supaya mudah tidur...

menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud... pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik... secara automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.

organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen... mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.

Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekaligus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya...

Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekaligus menguatkan mentaliti seseorang...

Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna.

Tujuh kalimat Sabda Rasulullah S.A.W:
"Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa/buih laut."

1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.
3. Mengucap Astagfirullah jika lidah terselip perkataan yang tidak patut.
4. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.
5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.
6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah.
7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya
>>>dari tafsir hanafi

(Surah Al-Munaafiquun : Ayat 9)
"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu lalai (lengah) kerana harta benda dan anak-anakmu daripada mengingati Allah (sembahyang lima waktu). Barangsiapa memperbuat demikian itu, maka mereka orang yang rugi."

(Surah Al-Munaafiquun : Ayat 11)
"Allah tiada akan memberi tempoh kepada seorang bila telah sampai ajalnya. Allah Maha Mengetahui tentang apa yang kamu kerjakan."

Para Ulama' berpesan untuk kita jadikan pegangan JANGAN TINGGAL/LALAI BERSOLAT , ia adalah WAJIB!!

Barangsiapa meninggalkan solat MAGHRIB,

dosanya seperti berzina dengan ibunya sendiri bagi yang lelaki dan berzina dengan bapanya sendiri bagi yang perempuan!
Jadi, apakah bezanya sumbang mahram dengan meninggalkan solat Maghrib?

Meninggalkan solat ISYA'

maka Allah tidak redha dia hidup di bumi-Nya..
Bermakna, setiap langkah kita tidak mendapat pelindunganNya di dunia ini...
Dan lebih malang bila kita diazab di dunia yang lain nanti (akhirat)...

Meninggalkan solat SUBUH

Akan diseksa selama 60 tahun (waktu akhirat) di dalam neraka...
Perlu kita ingat bahawa azab yang paling ringan adalah sepertimana azab yang dikenakan kepada bapa saudara Rasulullah s.a.w yang mana apabila dipakaikan kasut dari neraka.. maka mendidihlah sampai ke otaknya.
Bayangkan... Selama ini kita baru dapat bayangkan bagaimana air mendidih saja!!!

Meninggalkan solat ZOHOR

Diibaratkan seperti meruntuhkan Ka'abah!!
Kalau begitu sepanjang hidup kita ini tak payahlah berangan-angan untuk menunaikan haji!!
Itu adalah suatu perkara yang amat mudah...
Bukankah begitu???

Meninggalkan solat ASAR

Sekali meninggalkannya sama dosanya dengan membunuh 1000 orang Islam..
Kat dunia ni bolehlah jadi sekutu Presiden Bush!! tak payahlah kutuk dia lagi kat dunia ni...
Kita dengan dia (Bush) sama saja!!

Rasulullah saw ada menyebut, tinggalkan solat adalah Kafir yang nyata. Yang benar itu adalah dari Allah swt dan yang kurang itu adalah dari kelemahan saya yang nyata...

Wallahu a'lam...