Wednesday, November 25, 2009

...SEKADAR PERKONGSIAN...

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum w.b.t...

Salam aidiladha ana ucapkan especially buat family tercinta... juga buat sanak saudara, guru2, sahabat2 seperjuangan dan sesiapa yang mengenali diri ini... MAAF jika ada melakukan sebarang kekhilafan yang sengaja atau tak disengajakan ( mesti ada...).

Sekadar perkongsian...

Jika lihat siaran tv baru2 ni (atau mungkin dah lama), rasa tersayat hati ni... macam2 rancangan realiti tv dengan iklan2 yang tak bermanfaat ditayangkan...

program realiti tv tak cukup sekadar untuk remaja2 dan orang dewasa, malah nak libatkan kanak2 juga.. Idola Kecil, Bintang Kecil.. memanglah kalau difikirkan kanak2 lebih baik, tak baligh lagi.. tak berdosa mendedahkan aurat...

tapi..

apa kesannya pada generasi akan datang??!

Sedangkan ummah yang kini masih ramai yang jahil dan tak terbela... dalam masa yang sama nak men'jahil'kan ummah akan datang yang berpotensi besar dalam kebangkitan Islam... Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud:
"Anak2 kecil yang dilahirkan ke dunia ini ibarat kain putih. Ibu bapalah yang akan mencorakkan mereka..."
Segalanya terpulang pada parents untuk buat corak batik ke, anyam ke... ataupun nak klorox supaya makin putih ke... hak dan tanggungjawab berada dalam tangan mereka... tapi ini tak bermakna ana menyalahkan ibu bapa sepenuhnya... dunia zaman sekarang ni banyak yang tidak terduga..=(
banyak faktor lain yang boleh menjerumuskan kepada negatif... betul tak?
Yang tambah menyedihkan lagi, dah banyak agenda kuffar dalam menyongsangkan aqidah ummah Islam masa kini... dalam pelbagai bentuk.. movie, novel, komik dsb..
Di Malaysia pulak, yang terbaru akan ditayangkan di pawagam cerita 'Jalang'... tak cukup dengan 'Pisau Cukur' dan sebelum ni 'Bohsia'.. banyak unsur dan aksi yang men'jelek'kan bagi yang sedar dalam iman.. tapi, bagi yang tidur macammana?!!
Masya Allah...
Astaghfirullah al-Azim...
apa yang ana nak 'highlight'kan di sini, movie2 sekarang ni banyak yang merendahkan martabat wanita secara sedar atau tidak...
Ada juga iklan 'tuala wanita' jenama CAREFREE secara komersial yang ditayangkan di tv... bersama misi mencari duta atau dewi (carefree queen)..
Ya ALLAH... tak ada cara lain ke untuk cari rezeki?? sekalipun untuk mempamerkan keindahan kaum hawa, bukan itu caranya!!
Sedangkan Allah s.w.t dan kekasihNya, Rasulullah s.a.w tak pernah sekalipun memperkotak-katikkan maruah wanita, malah banyak kelebihan dan darjat tertentu yang diberikan khas untuk kaum hawa walau sekecil-kecil perkara yang dilakukan...
Benarlah firman Allah dalam surah al-Ahzab yang bermaksud:
"..........sesungguhnya manusia itu SANGAT zalim dan jahil (bodoh)"
Justeru, ana menyeru kepada sahabat sahabiah yang masih terlena dalam jaga, kita semua berperanan dalam menjulang syiar Islam di muka bumi Allah ini..
Jasad hidup kerana roh,
Roh hidup kerana iman,
Iman hidup kerana ilmu,
Ilmu hidup kerana amal,
Amal hidup kerana ikhlas..
Baik dan buruk daripada hamba yang dhaif ini.. hakikatnya kedua2nya disandarkan kepada Allah jua.. Wallahu 'Alam...
SALAM JUANG!!

Monday, November 23, 2009

GeNaP SeTaHuN...


Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum...=)

Dah lame sangat tak posting... sibuk sikit=(
alhamdulillah masih ada kesempatan skrg walaupun seringkasnya... apa khabar sahabat2 seperjuangan??
iman?? fizikal?

moga2 kita tetap berada di bawah payungan rahmat dan redhaNya...=)

Alhamdulillah dah setahun batch kami memegang tampuk kepimpinan PERKEMAT bagi sesi 08/09... banyak pengalaman dan kenangan kami kongsi bersama tak kiralah pahit mahupun manis... tapi...

bila ingat2 balik, yang pahit pun jadi manis...

Alhamdulillah.. semua tu tarbiyah daripada Allah... Allah lebih tahu apa yang kita PERLU bukan yang kita MAHU...!


Semoga Islam akan lebih gah dengan pimpinan adik2 baru 09/10... Ana optimis dengan kemampuan mereka... insya Allah...

TAKBIR!!
Allahu Akbar..!