Sunday, October 31, 2010

....AnDaiNya kAu DaPaT HiDuP KeMBaLi....


Bismillah.. Dengan Nama Allah yang Maha Teliti akan Kehidupan HambaNya...

Alhamdulillah...=)
setelah sekian lama menanti kehadiran internet masuk ke rumah sewa kami, akhirnya dengan izin Allah.. kami diberi nikmat yang satu ini..

matlamat utama.. menyambung silaturrahim dengan keluarga n sahabat handai di Malaysia..

Subhanallah.. Maha Teliti Allah akan Perasaan Hamba2Nya..^_^

moga2nya kami tidak terleka dengan nikmat jua fitnah dunia yang satu ini... ameen... :)

Ya Allah... rindunya diriku padanya..
teringin rasanya untuk berbakti n berjuang bersama2 dengannya..
peritnya menahan sebak memikirkan dirinya bermati2an berjuang menegakkan DeenMu hingga sampai kepada diri yang amat kerdil ini...

Pastinya sahabat2 yang dikasihi Allah sekelian dapat menebak apa yang sedang bermain di fikiran hamba dhaif ini...

Ayuwah... Dialah Insan Teristimewa Baginda Rasulullah s.a.w...

Jika sebelum ini ramai yang bertanya, "kenapa enti tak sambung bidang perubatan ataupun akademik yang lain??"

diriku akan mejawab: "Mungkin inilah jalan yang Allah aturkan untuk ana.. (pasrah dan berserah pada Allah..)"

Tapi kini...

Diri ini sudah sedar akan manisnya berada di landasan aturan Ilahi..

YA..!! alhamdulillah hamba dhaif ini insya Allah telah bangkit daripada lenanya yang tak senyenyak mana...

Ya Allah... indahnya percaturanMu... setiap kali menelaah kitab2 agamaMu, pasti akan membuatkan diriku ingin semakin hampir padaMu..

Terima kasih ya Allah.... =)

Ya Rasulullah....

Tahukah bahawa kini cucumu ini amat2 meRINDUkanmu..

Tahukah bahawa kini cucumu ini amat2 meNYAYANGImu..

Tahukah bahawa kini cucumu ini amat2 meMERLUkanmu...
BAHKAN umatmu seluruhnya juga amat2 memerlukanmu...

Andainya kau dapat HIDUP KEMBALI pasti bercahaya seluruh isi dunia ini dengan keberkatan dan kemuliaanmu...

TAPI... mustahil!! ya itu adalah mustahil...

Tidak usah bermimpi...

Adakah kau tidak berhati perut membina impian sebegitu rupa..??!

Kau mahu Baginda sentiasa gundah-gulana dan bersedih hati melihat keadaan cucu-cicitnya kini...
Kau mahu Baginda sentiasa resah-gelisah memikirkan masalah umatnya kini..?

Cukuplah satu saat dulu Baginda berjuang keseorangan saat dakwah mula disyariatkan..
Cukuplah dengan tohmahan dan caci-maki yang dilemparkan kafir laknatullah yang buta mata serta hati..
Cukuplah dengan luka2 berdarah pada kaki Baginda saat dilempar batu oleh manusia yang tak waras..
Cukuplah dengan tuduhan palsu terhadap Baginda yang tak berasas.. gila, ahli sihir, pencerita dongeng...
Cukuplah dengan lemparan najis saat Baginda bertaqarub kepada Rabbul Jalil..
Dicekik tengkuknya... dipulaukan kehidupannya selama 3tahun...

Cukuplah semua penderitaan itu yang dilalui oleh Baginda...

Semoga berbahagialah dikau di Jannah Firdausi semulia2 tempat yang dihidangkan Allah untukmu...

Ya Rasulullah..

Sesungguhnya diriku amat2 cemburu pada Saidatina Khadijah yang sentiasa menyokongmu saat awal2 dilantik menjadi Rasul...

Pada Saidina Abu Bakar yang sentiasa membenarkan kata2mu di saat yang lain mencemuhmu... yang tegar kakinya dipatuk ular supaya rehatmu tidak terganggu...

Inginku menjadi anak kandungmu seperti Fatimah r.a yang dapat membersihkan najis2 pada tubuhmu saat kau menunaikan solat...

Andai terlalu tinggi impianku untuk menjadi sedarah daging denganmu...benarkan aku untuk menumpang kasih sebagai anak angkatmu seperti Zaid bin Harithah yang kau hantar ke medan perang menegakkan agamaNya sejak umurnya mencecah 8tahun... yang sanggup mengorbankan tubuhnya sebagai benteng saat kau dilempar dengan batu sehinggakan luka2 pada kulit kepalanya...

Ya Rasulullah... betapa aku cemburu pada mereka2 yang dapat berjuang bersamamu...

Namun...

aku menyedari umat kini mungkin lebih memerlukanku... mungkin..mungkin..dan mungkin...

Maafkanku andai tak cukup bersungguh berjuang mempertahankan agamaNya...

Serasa diri ini tak mampu melihat muda-mudi yang terpesong aqidah, hanyut dengan gejolak nafsu hiburan yang melalaikan, berpeleseran tanpa arah tujuan...

Anak2 luar nikah yang berlambakan tak terbela nasibnya...

Warga emas dan dewasa yang masih tak menemukan matlamat kehidupan mereka, ibadah asas masih diketepikan lantaran mengejar madiyah dunyawi...

Pembawa agama yang memikul kebendaan di atas pundak taklifat yang jauh lebih utama, lantas agama yang kau perjuangkan satu masa dahulu bersama para sahabat telah mendapat galang gantinya di mata dunia kini...

Fesyen barat lebih diagungkan berbanding pakaian sunnahmu...

Alunan suci KalamNya dan hadismu telah digantikan dengan alunan2 muzik yang melalaikan...

Ubat2 doktor pakar dan di farmasi jauh lebih popular sebagai penawar penyakit berbanding solat 5 waktu yang diusahakanmu saat dimikrajkan...

Bermoral lebih diutamakan dan tinggi martabatnya berbanding berakhlak baik yang kau serukan saat hayatmu...

dan.. dan.. dan banyak lagi ya Rasulullah...

banyak yang telah berubah...

Kepimpinan Negara Islam kini telah berubah wajah... pemimpin dipilih atas dasar keduniaan...

.....

............

.....................

Sejenak daku berfikir... mampukah diriku membawa kembali kemegahan Islam yang hampir malap kini...

.....................................................................................................

Insya Allah... MAMPU..!!

....ALLAH IS ENOUGH FOR ME....

Ya..!! Islam akan bangkit ditanganku...
Syiar DeenMu akan bersinar menaungi seluruh pelusuk alam...
semuanya dengan izinMu ya Allah...

Sahabat2 yang dirahmati Allah sekalian...
Ayuhlah kita bangkit...
Pastikan setiap hari kita akan memikirkan tentang masa depan Islam walau hanya sesaat...

Islam tak memerlukan kita, tetapi kitalah yang memerlukan Islam...

semoga satu saat di hari perhitungan kelak, Rasulullah s.a.w akan tersenyum pada kita kerana kasih kita padanya dan agamaNya...insya Allah...

...ALLAHUMMA SOLLI 'ALA SAIYIDINA MUHAMMAD WA 'ALA ALIHI WA SOHBIHI AJMA'IN...

Syafaatmu kudamba ya Rasulallah...=)

salam mujadid ummah.. ;)

salam juang!