Bismillahirrahmanirrahim...
Ramai yang bertutur tentang ikhlas, seolah-olah ikhlas itu mudah dicapai, mudah dilaksana. Namun pada hakikatnya tidak semudah yang disangka. Ikhlas mempengaruhi amalan kita, sama ada ia diterima Allah ataupun sebaliknya membawa bala jika kita riak dan ujub dalam beramal.
* Syarat amalan diterima ada dua iaitu:
1. Amalan yang didasari keikhlasan dan niat yang murni: hanya mengharap keredhaan
Allah s.w.t
Sabda Rasulullah, "Innamal a'maalubin-niyyaat..."
bermaksud : "Sesungguhnya amal perbuatan itu bergantung pada niatnya..."
(Bukhari dan Muslim)
2. Amalan yang dilakukan sesuai dengan sunnah nabi s.a.w
Nabi saw. berkata, "Man `amala `amalan laisa `alaihi amrunaa fahuwa raddun"
bermaksud : "Barangsiapa yang mengerjakan suatu perbuatan yang tidak pernah
kami perintahkan, maka perbuatan itu ditolak." (Muslim)
* Ada lapan tanda2 keikhlasan yang boleh kita gunakan untuk mendiagnosis apakah rasa ikhlas telah mengisi relung-relung hati kita @pun tidak...
1. Keikhlasan hadir apabila merasa takut akan populariti
Fudhail bin Iyadh berkata,
"Jika kamu mampu untuk tidak dikenali oleh orang lain, maka laksanakanlah. Kamu tidak rugi sekiranya tidak terkenal. Kamu juga tidak rugi sekiranya tidak disanjung orang lain. Demikian pula, janganlah gusar jika kamu menjadi orang yang tercela dimata manusia, tetapi menjadi manusia terpuji dan terhormat di sisi Allah."
Letakkanlah nilaian terbaik pada pandangan Allah, bukan pada pandangan manusia...
Jika hidup kita untuk memenuhi kehendak manusia, nescaya kehinaanlah yang bakal kita dapat...
2.Ikhlas wujud saat mengakui diri mempunyai banyak kekurangan
Orang yang ikhlas selalu merasa dirinya memiliki banyak kekurangan... Dia merasa belum menjalankan segala kewajipan yang dibebankan oleh Allah s.w.t secara semaksima mungkin. Oleh itu seseorang itu tidak pernah merasa ujub dengan setiap kebaikan yang dikerjakannya. Sebaliknya,dia cemas jika setiap yang dilakukannya tidak diterima Allah s.w.t. Justeru, itu membuatkan dia kerap menangis...
3. Keikhlasan hadir ketika perasaan lebih cenderung untuk menyembunyikan
amal kebajikan
Orang yang tulus adalah orang yang tidak ingin amal perbuatannya diketahui orang lain... Ibarat pohon, lebih senang menjadi akar yang tertutup dek tanah tapi menghidupi keseluruhan pohon...
Suatu hari Umar bin Khatthab pergi ke Masjid Nabawi. Beliau mendapati Mu'adz sedang menangis berdekatan makam Rasulullah s.a.w. Umar menegurnya, "Mengapa kau menangis?" Mu'adz menjawab, "Aku telah mendengar hadis dari Rasulullah s.a.w bahwa beliau bersabda, "Riya sekalipun hanya sedikit, ia termasuk syirik. Dan barang siapa memusuhi kekasih-kekasih Allah maka ia telah menyatakan perang terhadap Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang baik, taqwa, serta tidak dikenali. Sekalipun mereka tidak ada, mereka tidak hilang dan sekalipun mereka ada,mereka tidak dikenali. Hati mereka bagaikan pelita yang menerangi petunjuk. Mereka keluar dari segala tempat yang gelap gelita." (Ibnu Majah dan Baihaqi)
4.Ikhlas wujud saat tidak runsing ditempatkan sebagai pemimpin atau prajurit
Rasulullah s.a.w melukiskan orang seperti ini dengan berkata,
"Beruntunglah seorang hamba yang memegang tali kendali kudanya dijalan Allah sementara kepala dan tumitnya berdebu. Apabila ia bertugas menjaga benteng pertahanan, ia benar-benar menjaganya. Dan jika ia bertugas sebagai pemberi minuman, ia benar-benar melaksanakannya"
Itulah yang terjadi pada diri Khalid bin Walid saat Khalifah Umar bin Khatthab memberhentikannya dari jabatan panglima perang. Khalid tidak kecewa apalagi sakit hati. Sebab, ia berjuang bukan untuk Umar, bukan pula untuk panglima barunya, Abu Ubaidah. Khalid berjuang untuk mendapat redha Allah s.w.t.
5.Keikhlasan hadir saat mengutamakan keredhaan Allah berbanding keredhaaan
manusia
Tidak sedikit manusia hidup di bawah bayang-bayang orang lain.. Memilih keredhaan Allah s.w.t atau keredhaan manusia yang mendominasi diri kita? Pilihan kita seharusnya seperti pilihan Masyithah tukang sisir anak Fir'aun. Beliau lebih memilih keredhaan Allah daripada harus menyembah Fir'aun...
6.Ikhlas wujud saat merasa cinta dan marah kerana Allah
Firman Allah :
"Dan di antara mereka ada orang yang mencela tentang (pembagian) zakat. Jika mereka diberi sebagian daripadanya, mereka bersenang hati, dan jika mereka tidak diberi sebagian daripadanya, dengan serta merta mereka menjadi marah." (At-Taubah: 58)
Sebaiknya perasaan2 itu hadir kerana Allah saat untuk membela agamaNya n mencari keredhaanNya...
7.Keikhalasan hadir saat bersabar terhadap panjangnya jalan
Keikhlasan akan teruji oleh waktu. Hidup adalah ujian. Ketegaran untuk menegakkan kalimahNya di muka bumi meskipun tahu jalannya sangat jauh, sementara hasilnya belum pasti dan kesulitan sudah di depan mata, amat sangat teruji... Hanya orang2 yang mengharapkan keredhaan Allah mampu tegar menempuh jalan yang panjang itu. Seperti Nabi Nuh a.s. yang giat tanpa lelah selama 950 tahun berdakwah...
Kata Umar bin Khatthab,
"Jika ada seribu mujahid yang berjuang di medan juang, aku satu diantaranya. Jika ada seratus mujahid berjuang di medan juang, aku satu diantaranya. Jika ada sepuluh mujahid berjuang di medan juang, aku satu diantaranya. Jika ada satu mujahid berjuang di medan juang, itulah aku!"
8.Ikhlas wujud saat merasa gembira jika sahabat memiliki kelebihan n kebaikan
Yang paling sulit adalah menerima orang lain memiliki kelebihan yang tidak kita miliki. Apalagi orang itu junior kita. Hasad. Itulah sifat yang menutup keikhlasan hadir di relung hati kita. Hanya orang yang ada sifat ikhlas dalam dirinya yang mahu memberikan kesempatan kepada orang yang mempunyai kemampuan untuk mengambil bahagian daripada tanggungjawab yang dipikulnya. Tanpa berat hati dia mempersilakan orang yang lebih baik daripada dirinya untuk tampil menggantikan dirinya. Tak ada rasa iri. Tak ada rasa dendam. Jika dia seorang leader, orang seperti ini tidak khuatir dan segan membahagikan tugasnya kepada sesiapapun yang dianggap mempunyai kemampuan n kebolehan....
Wallahu a'lam...
....::..Salam tazkiyatun Nafs...::..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment