Sunday, September 19, 2010

...aHLaN WasaHLaN..



Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum w.b.t shbt2 yg setia brkunjung ke laman ini...

Alhamdulillah 3x.. hari ini sudah hampir seminggu ana berada di Jordan... tiba di airport seawal jam 5pagi..

perjalanan selama 12jam amat2 meletihkan... ditambah pula dengan kedudukan 'seat' yg betul-betul depan orang-orang Arab.. masya Allah... riuh rendah.. 'Fasobrun Jameel..'

Ketibaan kami disambut oleh senior-senior daripada universiti2 (jami'ah2) yg terdapat di Jordan..

Gembira sungguh berjumpa dengan kak2 senior ex-Darul Quran yg juga belajar di sini.. sedikit sebanyak terubat kesedihan meninggalkan keluarga n sahabat2 di tanah air...


Kami mula berpecah ke jami'ah masing2.. ana bersama 4orang lagi sahabat bakal ke Jami'ah Mu'tah, Karak.. kawasan yg agak pedalaman n kekampungan, terletak di tanah tinggi..
Walaupun perjalanan mengambil masa sejam setengah, tapi ana langsung tak dapat melelapkan mata...
tertegun pada persekitaran.. padang pasir berdebu...
bangunan2 yg tidak beratap seperti di Malaysia.. semuanya berbentuk kotak empat segi...
tiada atap tirus mahupun tiga segi...


coaster yg membawa kami terus meluncur laju tanpa melalui sebarang tol.. hanya sekadar berhenti sebentar sebanyak dua kali, pemandu singgah minum kopi n sempat merokok sebatang..
Di sini tiada kenderaan bersisi kecil seperti kancil, myvi, atos (rindunya kereta di rumah..hu2..) sebagaimana yg banyak terdapat di Malaysia..
Banyaknya kereta2 mewah... tapi berdebu.. mungkin disebabkan debu daripada persekitaran n hujan yg tak turun...
Budaya pemandu2 di sini suka membunyikan hon.. nak marah pun hon, nak ucap terima kasih pun hon.. musykil jadinya..
kak2 senior cakap, depa2 ni bawak keta memang laju tapi cermat n cekap..
buktinya tak banyak berlakunya kes2 kemalangan jalan raya... wallahu a'lam..




setibanya di Mu'tah..bertambah2 terkejut melihat suasana yg benar2 kekampungan.. ibarat malaysia zaman 60an..
ya Allah cuak rasanya untuk berada di sini...
sebak juga di hati memikirkan kaki sedang memijak tanah para syahada' Mu'tah...
..al-Fatihah untuk para syuhada'..
insya Allah berbekalkan kekuatan dariNya, moga2 kami semua diberi ketabahan n kejayaan menempuh hari2 yg mendatang..
cukuplah sekadar di sini coretan ana pada kali ini..
p/s: gambar2 di atas sempat ana ambil semasa dalam perjalanan dari airport Amman ke Mu'tah... harap2nya dapat membakar semangat sahabat2 untuk berziarah ke sini... :)

akhir kalam... salam kerinduan di kejauhan.. :)

No comments:

Post a Comment