Friday, January 28, 2011

~aLHaMDuLiLLaH..~~ :)

Bismilahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah3x atas nikmat iman n qudrat olehNya...

Serasa bagaikan tak percaya, kami telah mengakhiri fasal pertama pengajian... dan tidak lama lagi akan bermula fasal kedua..

Alhamdulillah ya Allah atas segala-galanya... keputusan imtihan yang mampu membuatkan hambaMu ini terharu kesyukuran... ya Rabb, Kau bimbinglah kami untuk terus menetapkan iltizam menghadapi hari-hari mendatang~

Terima kasih buat kakak-kakak senior yang telah memberi tunjuk ajar tentang pemilihan madah untuk fasal depan. Celaru, bingung, kelam-kabut..semuanya ada.. risau takut syukbah tutup dan kami tak dapat mengambil madah seperti yang dirancang... ALHAMDULILLAH~~
Kalian memang berjasa buat adik-adik yang separa mentah.. :)

Apabila menyingkap pada kehidupan kami yang boleh dikatakan amat-amat asing lagi di bumi Urdun ini, ana dapat merasakan bahawa kata-kata mereka orang-orang lama teramat ada benarnya...

"Di Bumi Anbiya' ni, semua perkara kena bergantung pada Allah... apa-apa pun semuanya dapat 'cash' daripada Allah.."

setiap inci dan sudut... akan nampak kesannya...

Ya Allah.. terasa amat-amat kerdil diri ini...
kadang-kadang merasakan tidak percaya yang diri ini sedang berjuang di dataran para syuhada' ma'rakah mu'tah...

saat berjalan.. akal berimaginasi adakah tanah tempat yang dipijak ini ada tertanam salah seorang sahabat yang gugur syahid... ya Allah...

Adakah aku kelak akan meninggalkan dunia seumpama mereka, mulia di sisiMu ataupun tidak sedikitpun endahan daripada makhluk langit...

Hina dan terlalu hinanya diri ini...

sering lalai dan leka menyempurnakan hak-hakMu.. astaghfirullah...

sahabat-sahabat..

Sama-samalah kita resapi walau sedetik semangat perjuangan Baginda dan sahabat-sahabat di dataran ini...

Hidupkan ihsan dan taqwa dalam diri saat sendirian mahupun ramai... Waspadalah pada noda dan maksiat yang akan menjarakkan lagi kita dengan pencipta teragung...

Beringatlah akan hari di mana hanya rahmat dan kasih-sayangNya sahaja yang mampu memberi kebahagian hakiki dan abadi...

Suatu masa dahulu, mereka pejuang-pejuang Islam berperang dengan pedang dan senjata...
~~MEREKA MENANG~~
Kini kita berperang dengan nafsu yang takkan pernah henti menagih dan meminta...
~~PASTIKAN KITA JUGA MENANG~~
insya Allah...

**Kebahagiaan hakiki hanyalah dariNya.. Galilah selain jalanNya, nescaya bahagiamu bukan hanya bersifat sementara, malah bakal berganti kegelisahan tak berpenghujung**

Jom kembali pada Allah..!! :)


Makam as-Syahid Abdullah bin Rawahah



Makam as-Syahid Ja'far bin Abi Talib (sepupu Rasulullah)



Makam as-Syahid Zaid bin Harithah (anak angkat Rasulullah)


Salam Juang..!


3 comments:

  1. Best juga dapat duduk di tempat orang dan menziarah ke tempat yang bersejarah.

    ReplyDelete
  2. Assalamu'alaikum Ustazah Adibah Al-Muqriah,

    Tahniah kami ucapkan atas kejayaan sambung belajar di sana.

    Kami juga pohon ustazah dan para asatizah semua dapat beri jasa bantu adik-adik dan rakan-rakan dalam bidang professional untuk lebih menghayati kehidupan beragama.

    Ustazah masih ingat Alumni Pelajar Islam SBP (APIS)? http://www.apisbp.net Insya Allah, kami masih meneruskan usaha yang sedikit ini. Mohon bantuan anda semua....

    Jazakumullah khair.

    ReplyDelete
  3. zmah: meh la zmah...cek bawak g jejalan...hehe.. best3..!! :)

    al-faqir: waalaikumussalam.. terima kasih atas ingatan... moga2 usaha kalian mendapat redha n rahmatNya...ameen~~

    ReplyDelete