Wednesday, November 10, 2010

~~KaHWiN Di SiNi..??~~

Bismillahirrahmanirrahim..

Sejak kebelakangan ni kerap terdengar, ditanya, mendengar dan yang seumpama dengannya...

"Macam mana ye kalau kahwin kat sini (Jordan)..??"

"Sanggup tak nak kahwin jauh dari keluarga..??"

banyak jawapannya...

"Tak nak lah..! nak hadapi hari bahagia bersama keluarga tercinta...."

"Tak mampulah nak kahwin sambil belajar... banyak komitmen.."

and so on...

Tiba2 terdetik di mindaku...

"Macam mana ya kalau meninggal dunia (MATI) kat sini (Jordan)..??"

haa... boleh ke nak bagi jawapan macam ni..?

"Tak boleh lah..!! jauh dari keluarga tersayang.."

"Tak boleh lah..!! amal tak banyak lagi.. kalau ada pun belum tentu ikhlas lagi..."

"Tak boleh lah..!! belum bersedia lagi.. nak tatap wajah orang2 tersayang buat kali terakhir dulu.. hutang banyak lagi yang tak terlangsai... nak balas jasa mak ayah dulu..."

and so on...

Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah sekalian..

Ana yakin kita semua pasti ma'ruf dan lazim dengan firman Allah yang bermaksud:

"Setiap yang bernyawa akan merasakan mati..."...(Surah al-Anbiya': 35)

Andai ada yang membacakan ayat tersebut pada kita, pasti ianya bagaikan lali di pendengaran.. bagaikan angin lalu pada kotak fikiran...

Bahkan...

Sedikitpun tidak menggentarkan jiwa... kalbu bagaikan batu di jalanan yang tak mendapat apa2 kesan sekalipun dipijak, dibaling mahupun ditimpa hujan bertimpa2..

benarkah hati kita sebegitu.??

tepuk dada, tanyalah iman masing2...

Sedar atau tidak... ayat di atas adalah dialog khas yang Allah tujukan pada hamba yang dicintaiNya... siapa lagi kalau bukan KITA..!!

Andai kita sedang berbicara pada sesiapa.. lalu orang tersebut tak memberikan apa2 respon, pasti tersayat di hati... makan hati yang boleh membunuh mahabbah dan tautan kasih-sayang..

Apatah lagi jika orang tersebut tak menghiraukan langsung apa yang diperkatakan, bahkan mengingkarinya... Pasti dan Pasti kita akan terlanjur melepaskan emosi...

Bagaimana pula dengan dialog yang Allah tujukan khas untuk KITA>>??

Tidakkah zalim andai kita mengambil jalan mudah... tak mengendahkannya malah terdapat sebilangan yang tak sedar2 diri (termasulah diri hamba dhaif ini)....

Bertambah zalimnya kita apabila Allah telah menggantikan kelalaian dan ketidakendahan kita dengan BERJUTA2 NIKMAT yang takkan pernah terbalas sampai bila2 pun...

Pernahkah sehari kita hidup tanpa dapat bernafas dengan oksigen yang cukup..??

Pernahkah sehari kita berjalan tanpa menggunakan kaki, melihat tanpa mata, menyentuh tanpa tangan, mendengar tanpa telinga..??

Semua yang diberikan Allah cukup pakej... tak perlu dibayar dengan sesuatu yang diluar kemampuan...

TAPI....

Cuba kita koreksi diri kembali~

Berapa ramai yang berlumba2 solat di awal waktu.. secara berjemaah...??

Berapa ramai yang rindu berdialog denganNya dengan alunan2 yang merdu lagi mengasyikkan..??

Berapa ramai yang sanggup mengorbankan apa yang disayanginya kepada orang lain...??

Berapa ramai yang menggunakan nikmat2 yang dikurniakanNya pada jalanNya..??

Berapa ramai yang mengutamakan dan memilihNya sebagai kekasih teragung... yang selalu dirindui dan didamba saat senang dan susah...??

Sekali lagi tepuk dada, tanyalah iman masing2...

...............................>>>>>...<<<<<...............................

Sahabat2 bakal penghuni syurga kelak...

Allah tak meletakkan apa2 syarat pada hambaNya sepertimana balasan kesetiaan yang dituntut oleh sang kekasih hati..

Hanya satu yang perlu dan sering diingatkanNya...

"Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaku.."

Sahabat2 yang sentiasa di bawah peliharaanNya...

Biarlah kita menjadi seperti batu... keras dan teguh pada yang HAK... bukannya tidak boleh dilentur langsung sepertimana stalaktit dan stalakmid... malah masih tegar saat dilentur dengan TARBIYAH khas dari ILAHI... =)

Semoga saat kita dijemputNya nanti... akan mengukirkan senyuman kepuasan warga dunia ciptaanNya.. insya Allah...

ameen..~~

***salamuhasabahati***

Sunday, October 31, 2010

....AnDaiNya kAu DaPaT HiDuP KeMBaLi....


Bismillah.. Dengan Nama Allah yang Maha Teliti akan Kehidupan HambaNya...

Alhamdulillah...=)
setelah sekian lama menanti kehadiran internet masuk ke rumah sewa kami, akhirnya dengan izin Allah.. kami diberi nikmat yang satu ini..

matlamat utama.. menyambung silaturrahim dengan keluarga n sahabat handai di Malaysia..

Subhanallah.. Maha Teliti Allah akan Perasaan Hamba2Nya..^_^

moga2nya kami tidak terleka dengan nikmat jua fitnah dunia yang satu ini... ameen... :)

Ya Allah... rindunya diriku padanya..
teringin rasanya untuk berbakti n berjuang bersama2 dengannya..
peritnya menahan sebak memikirkan dirinya bermati2an berjuang menegakkan DeenMu hingga sampai kepada diri yang amat kerdil ini...

Pastinya sahabat2 yang dikasihi Allah sekelian dapat menebak apa yang sedang bermain di fikiran hamba dhaif ini...

Ayuwah... Dialah Insan Teristimewa Baginda Rasulullah s.a.w...

Jika sebelum ini ramai yang bertanya, "kenapa enti tak sambung bidang perubatan ataupun akademik yang lain??"

diriku akan mejawab: "Mungkin inilah jalan yang Allah aturkan untuk ana.. (pasrah dan berserah pada Allah..)"

Tapi kini...

Diri ini sudah sedar akan manisnya berada di landasan aturan Ilahi..

YA..!! alhamdulillah hamba dhaif ini insya Allah telah bangkit daripada lenanya yang tak senyenyak mana...

Ya Allah... indahnya percaturanMu... setiap kali menelaah kitab2 agamaMu, pasti akan membuatkan diriku ingin semakin hampir padaMu..

Terima kasih ya Allah.... =)

Ya Rasulullah....

Tahukah bahawa kini cucumu ini amat2 meRINDUkanmu..

Tahukah bahawa kini cucumu ini amat2 meNYAYANGImu..

Tahukah bahawa kini cucumu ini amat2 meMERLUkanmu...
BAHKAN umatmu seluruhnya juga amat2 memerlukanmu...

Andainya kau dapat HIDUP KEMBALI pasti bercahaya seluruh isi dunia ini dengan keberkatan dan kemuliaanmu...

TAPI... mustahil!! ya itu adalah mustahil...

Tidak usah bermimpi...

Adakah kau tidak berhati perut membina impian sebegitu rupa..??!

Kau mahu Baginda sentiasa gundah-gulana dan bersedih hati melihat keadaan cucu-cicitnya kini...
Kau mahu Baginda sentiasa resah-gelisah memikirkan masalah umatnya kini..?

Cukuplah satu saat dulu Baginda berjuang keseorangan saat dakwah mula disyariatkan..
Cukuplah dengan tohmahan dan caci-maki yang dilemparkan kafir laknatullah yang buta mata serta hati..
Cukuplah dengan luka2 berdarah pada kaki Baginda saat dilempar batu oleh manusia yang tak waras..
Cukuplah dengan tuduhan palsu terhadap Baginda yang tak berasas.. gila, ahli sihir, pencerita dongeng...
Cukuplah dengan lemparan najis saat Baginda bertaqarub kepada Rabbul Jalil..
Dicekik tengkuknya... dipulaukan kehidupannya selama 3tahun...

Cukuplah semua penderitaan itu yang dilalui oleh Baginda...

Semoga berbahagialah dikau di Jannah Firdausi semulia2 tempat yang dihidangkan Allah untukmu...

Ya Rasulullah..

Sesungguhnya diriku amat2 cemburu pada Saidatina Khadijah yang sentiasa menyokongmu saat awal2 dilantik menjadi Rasul...

Pada Saidina Abu Bakar yang sentiasa membenarkan kata2mu di saat yang lain mencemuhmu... yang tegar kakinya dipatuk ular supaya rehatmu tidak terganggu...

Inginku menjadi anak kandungmu seperti Fatimah r.a yang dapat membersihkan najis2 pada tubuhmu saat kau menunaikan solat...

Andai terlalu tinggi impianku untuk menjadi sedarah daging denganmu...benarkan aku untuk menumpang kasih sebagai anak angkatmu seperti Zaid bin Harithah yang kau hantar ke medan perang menegakkan agamaNya sejak umurnya mencecah 8tahun... yang sanggup mengorbankan tubuhnya sebagai benteng saat kau dilempar dengan batu sehinggakan luka2 pada kulit kepalanya...

Ya Rasulullah... betapa aku cemburu pada mereka2 yang dapat berjuang bersamamu...

Namun...

aku menyedari umat kini mungkin lebih memerlukanku... mungkin..mungkin..dan mungkin...

Maafkanku andai tak cukup bersungguh berjuang mempertahankan agamaNya...

Serasa diri ini tak mampu melihat muda-mudi yang terpesong aqidah, hanyut dengan gejolak nafsu hiburan yang melalaikan, berpeleseran tanpa arah tujuan...

Anak2 luar nikah yang berlambakan tak terbela nasibnya...

Warga emas dan dewasa yang masih tak menemukan matlamat kehidupan mereka, ibadah asas masih diketepikan lantaran mengejar madiyah dunyawi...

Pembawa agama yang memikul kebendaan di atas pundak taklifat yang jauh lebih utama, lantas agama yang kau perjuangkan satu masa dahulu bersama para sahabat telah mendapat galang gantinya di mata dunia kini...

Fesyen barat lebih diagungkan berbanding pakaian sunnahmu...

Alunan suci KalamNya dan hadismu telah digantikan dengan alunan2 muzik yang melalaikan...

Ubat2 doktor pakar dan di farmasi jauh lebih popular sebagai penawar penyakit berbanding solat 5 waktu yang diusahakanmu saat dimikrajkan...

Bermoral lebih diutamakan dan tinggi martabatnya berbanding berakhlak baik yang kau serukan saat hayatmu...

dan.. dan.. dan banyak lagi ya Rasulullah...

banyak yang telah berubah...

Kepimpinan Negara Islam kini telah berubah wajah... pemimpin dipilih atas dasar keduniaan...

.....

............

.....................

Sejenak daku berfikir... mampukah diriku membawa kembali kemegahan Islam yang hampir malap kini...

.....................................................................................................

Insya Allah... MAMPU..!!

....ALLAH IS ENOUGH FOR ME....

Ya..!! Islam akan bangkit ditanganku...
Syiar DeenMu akan bersinar menaungi seluruh pelusuk alam...
semuanya dengan izinMu ya Allah...

Sahabat2 yang dirahmati Allah sekalian...
Ayuhlah kita bangkit...
Pastikan setiap hari kita akan memikirkan tentang masa depan Islam walau hanya sesaat...

Islam tak memerlukan kita, tetapi kitalah yang memerlukan Islam...

semoga satu saat di hari perhitungan kelak, Rasulullah s.a.w akan tersenyum pada kita kerana kasih kita padanya dan agamaNya...insya Allah...

...ALLAHUMMA SOLLI 'ALA SAIYIDINA MUHAMMAD WA 'ALA ALIHI WA SOHBIHI AJMA'IN...

Syafaatmu kudamba ya Rasulallah...=)

salam mujadid ummah.. ;)

salam juang!

Sunday, September 19, 2010

...aHLaN WasaHLaN..



Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum w.b.t shbt2 yg setia brkunjung ke laman ini...

Alhamdulillah 3x.. hari ini sudah hampir seminggu ana berada di Jordan... tiba di airport seawal jam 5pagi..

perjalanan selama 12jam amat2 meletihkan... ditambah pula dengan kedudukan 'seat' yg betul-betul depan orang-orang Arab.. masya Allah... riuh rendah.. 'Fasobrun Jameel..'

Ketibaan kami disambut oleh senior-senior daripada universiti2 (jami'ah2) yg terdapat di Jordan..

Gembira sungguh berjumpa dengan kak2 senior ex-Darul Quran yg juga belajar di sini.. sedikit sebanyak terubat kesedihan meninggalkan keluarga n sahabat2 di tanah air...


Kami mula berpecah ke jami'ah masing2.. ana bersama 4orang lagi sahabat bakal ke Jami'ah Mu'tah, Karak.. kawasan yg agak pedalaman n kekampungan, terletak di tanah tinggi..
Walaupun perjalanan mengambil masa sejam setengah, tapi ana langsung tak dapat melelapkan mata...
tertegun pada persekitaran.. padang pasir berdebu...
bangunan2 yg tidak beratap seperti di Malaysia.. semuanya berbentuk kotak empat segi...
tiada atap tirus mahupun tiga segi...


coaster yg membawa kami terus meluncur laju tanpa melalui sebarang tol.. hanya sekadar berhenti sebentar sebanyak dua kali, pemandu singgah minum kopi n sempat merokok sebatang..
Di sini tiada kenderaan bersisi kecil seperti kancil, myvi, atos (rindunya kereta di rumah..hu2..) sebagaimana yg banyak terdapat di Malaysia..
Banyaknya kereta2 mewah... tapi berdebu.. mungkin disebabkan debu daripada persekitaran n hujan yg tak turun...
Budaya pemandu2 di sini suka membunyikan hon.. nak marah pun hon, nak ucap terima kasih pun hon.. musykil jadinya..
kak2 senior cakap, depa2 ni bawak keta memang laju tapi cermat n cekap..
buktinya tak banyak berlakunya kes2 kemalangan jalan raya... wallahu a'lam..




setibanya di Mu'tah..bertambah2 terkejut melihat suasana yg benar2 kekampungan.. ibarat malaysia zaman 60an..
ya Allah cuak rasanya untuk berada di sini...
sebak juga di hati memikirkan kaki sedang memijak tanah para syahada' Mu'tah...
..al-Fatihah untuk para syuhada'..
insya Allah berbekalkan kekuatan dariNya, moga2 kami semua diberi ketabahan n kejayaan menempuh hari2 yg mendatang..
cukuplah sekadar di sini coretan ana pada kali ini..
p/s: gambar2 di atas sempat ana ambil semasa dalam perjalanan dari airport Amman ke Mu'tah... harap2nya dapat membakar semangat sahabat2 untuk berziarah ke sini... :)

akhir kalam... salam kerinduan di kejauhan.. :)

Thursday, September 2, 2010

SaTu AmaNaH..!!

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum w.b.t. sahabat2 tetamu Ramadhan Kareem yg dikasihi sekalian.. :)

Astaghfirullah al-Azim.. lama sungguh hamba dhaif ini tak mgupdate blog.. asif 'ala kulli hal.. ana sering terlalai n terlupa akan wasilah dakwah yg satu ini.. moga2 kalian tak jemu brkunjung ke teratak yg dhaif lg tiada berita ini...

Alhamdulillah... Alhamdulillah... Alhamdulillah....:)

Saat ini kita terpilih untuk melayari bahtera di lautan Ramadhan, sama ada sebagai hamba mahupun tuan yg merasakan dirinya belum puas meniti kehidupan.. moga2 pelayaran kita tidak karam di pertengahan, bahkan selamat sampai ke destinasi yg dituju... MARDHOTILLAH..!!

Ya Allah.... Ya Allah... Ya Allah...

Sayunya hati ni.. mengira detik akan berakhirnya Ramadhan dan bermulanya permusafiran di Bumi Anbiya'...

Ya Qowwi... kuatkanlah langkah kami untuk terus memburu cinta dan redhaMu...

...SATU AMANAH...

Mudah terlafaz di bibir.. namun alangkah berat bahu yg memikul...

masih terngiang2 di telinga, nasihat mutiara berharga daripada sepupuku Ahmad Safiuddin yg juga pernah melanjutkan pengajiannya di Bumi Syam..

" Ni nak habaq.. nak pi sana nanti, kena letak siap2 apa matlamat yg hang(loghat kedah) nak capai... mana yg paling utama n mana yg terkemudian.. biaq jangan celaru.. jangan buat main2 kat tanah arab nanti.. takut jadi lain.."

Bunyinya seperti bersahaja, mnakutkan pun ada.. tapi yg penting, benar2 menusuk tangkai jantung ni..

...MATLAMAT...

Allah.. Islam.. mak abah.. dan lain2..

Ya Muqollibal Qulub... Janganlah Kau bolak-balikkan hati ini saat diri ini meletakkan agamaMu yang teragung... Kasihanilah jiwa n jasad yg lemah lg mengharapkan tuntunanMu ini...

Sahabat2 yg dirahmati Allah sekalian...

sama2lah kita koreksi diri terhadap amanah yg terpikul atas pundak kita...

Ayuh kita taqarrub billah agar tidak sekadar dipanjangkan angan2 yg belum pasti, tapi semoga diberi kekuatan n kemampuan untuk merealisasikan impian yg merupakan amanah yg pastinya bakal ditanya di hari kita bertemu kecintaan kita, Rabbul Jalil...

moga pada saat itu, kita akan dipandangNya dengan pandangan kasih sayang n keredhaanNya...

Akhir kalam.. ana titpkan lagu satu amanah nyanyian Hijjaz buat sahabat2 yg bakal bersama di 'Jannah' kelak...

Selamat Bercinta n Berkasih-sayang denganNya yg sentiasa mencurahkan kasihNya tanpa henti....

Hargailah Ramadhan kali ini agar kita tidak meyesali andai tidak diundang bertemu Ramadhan yg akan datang....

Salam Kemaafan.... :)

Tuesday, May 11, 2010

...CoAL BaSkeT...??

Why do we read Quraan, even if we can't understand a single Arabic word????

This is a beautiful story

An old American Muslim lived on a farm in the mountains of eastern Kentucky
with his young grandson. Each morning Grandpa wakeup early sitting at the
kitchen table reading his Quran. His grandson wanted to be just like him and
tried to imitate him in every way he could.


One day the grandson asked,
"Grandpa! I try to read the Qur'an just like you but I don't understand it,
and what I do understand I forget as soon as I close the book. What good
does reading the Qur'an do?"

The Grandfather quietly turned from putting coal in the stove and replied,
"Take this coal basket down to the river and bring me back a basket of water."

The boy did as he was told, but all the
water leaked out before he got back to the house. The grandfather laughed
and said, "You'll have to move a little faster next time," and sent him back
to the river with the basket to try again.

This time the boy ran faster, but
again the basket was empty before he returned home.
Out of breath, he told
his grandfather that it was impossible to carry water in a basket, and he went
to get a bucket instead.

The old man said, "I don't want a bucket of water;
I want a basket of water. You're just not trying hard enough," and he went
out the door to watch the boy try again.

At this point, the boy knew it was
impossible, but he wanted to show his grandfather that even if he ran as
fast as he could, the water would Leak out before he got back to the house.
The boy again dipped the basket into river and ran hard, but when he reached
his grandfather the basket was again empty.

Out of breathe, he said,
"See Grandpa, it's useless!"

"So you think it is useless?" The old man said,

"Look at the basket." The boy looked at the basket and for the first time
realized that the basket was different. It had been transformed from a dirty
old coal basket and was now clean, inside and out.


"Son, that's what happens when you read the Qur'an.


You might not understand or remember everything,
but when you read it, you will be changed, inside and out.

That is the work of Allah in our lives.

ALLAH KNOWS BETTER..=)

salam mujahadah..!!

Saturday, April 10, 2010

> 8 tanda2 iKhLaS..::..^;*

Bismillahirrahmanirrahim...

Ramai yang bertutur tentang ikhlas, seolah-olah ikhlas itu mudah dicapai, mudah dilaksana. Namun pada hakikatnya tidak semudah yang disangka. Ikhlas mempengaruhi amalan kita, sama ada ia diterima Allah ataupun sebaliknya membawa bala jika kita riak dan ujub dalam beramal.

* Syarat amalan diterima ada dua iaitu:


1. Amalan yang didasari keikhlasan dan niat yang murni: hanya mengharap keredhaan
Allah s.w.t

Sabda Rasulullah, "Innamal a'maalubin-niyyaat..."
bermaksud : "Sesungguhnya amal perbuatan itu bergantung pada niatnya..."
(Bukhari dan Muslim)


2. Amalan yang dilakukan sesuai dengan sunnah nabi s.a.w

Nabi saw. berkata, "Man `amala `amalan laisa `alaihi amrunaa fahuwa raddun"
bermaksud : "Barangsiapa yang mengerjakan suatu perbuatan yang tidak pernah
kami perintahkan, maka perbuatan itu ditolak." (Muslim)


* Ada lapan tanda2 keikhlasan yang boleh kita gunakan untuk mendiagnosis apakah rasa ikhlas telah mengisi relung-relung hati kita @pun tidak...


1. Keikhlasan hadir apabila merasa takut akan populariti

Fudhail bin Iyadh berkata,

"Jika kamu mampu untuk tidak dikenali oleh orang lain, maka laksanakanlah. Kamu tidak rugi sekiranya tidak terkenal. Kamu juga tidak rugi sekiranya tidak disanjung orang lain. Demikian pula, janganlah gusar jika kamu menjadi orang yang tercela dimata manusia, tetapi menjadi manusia terpuji dan terhormat di sisi Allah."

Letakkanlah nilaian terbaik pada pandangan Allah, bukan pada pandangan manusia...

Jika hidup kita untuk memenuhi kehendak manusia, nescaya kehinaanlah yang bakal kita dapat...



2.Ikhlas wujud saat mengakui diri mempunyai banyak kekurangan

Orang yang ikhlas selalu merasa dirinya memiliki banyak kekurangan... Dia merasa belum menjalankan segala kewajipan yang dibebankan oleh Allah s.w.t secara semaksima mungkin. Oleh itu seseorang itu tidak pernah merasa ujub dengan setiap kebaikan yang dikerjakannya. Sebaliknya,dia cemas jika setiap yang dilakukannya tidak diterima Allah s.w.t. Justeru, itu membuatkan dia kerap menangis...



3. Keikhlasan hadir ketika perasaan lebih cenderung untuk menyembunyikan
amal kebajikan

Orang yang tulus adalah orang yang tidak ingin amal perbuatannya diketahui orang lain... Ibarat pohon, lebih senang menjadi akar yang tertutup dek tanah tapi menghidupi keseluruhan pohon...

Suatu hari Umar bin Khatthab pergi ke Masjid Nabawi. Beliau mendapati Mu'adz sedang menangis berdekatan makam Rasulullah s.a.w. Umar menegurnya, "Mengapa kau menangis?" Mu'adz menjawab, "Aku telah mendengar hadis dari Rasulullah s.a.w bahwa beliau bersabda, "Riya sekalipun hanya sedikit, ia termasuk syirik. Dan barang siapa memusuhi kekasih-kekasih Allah maka ia telah menyatakan perang terhadap Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang baik, taqwa, serta tidak dikenali. Sekalipun mereka tidak ada, mereka tidak hilang dan sekalipun mereka ada,mereka tidak dikenali. Hati mereka bagaikan pelita yang menerangi petunjuk. Mereka keluar dari segala tempat yang gelap gelita." (Ibnu Majah dan Baihaqi)



4.Ikhlas wujud saat tidak runsing ditempatkan sebagai pemimpin atau prajurit

Rasulullah s.a.w melukiskan orang seperti ini dengan berkata,

"Beruntunglah seorang hamba yang memegang tali kendali kudanya dijalan Allah sementara kepala dan tumitnya berdebu. Apabila ia bertugas menjaga benteng pertahanan, ia benar-benar menjaganya. Dan jika ia bertugas sebagai pemberi minuman, ia benar-benar melaksanakannya"

Itulah yang terjadi pada diri Khalid bin Walid saat Khalifah Umar bin Khatthab memberhentikannya dari jabatan panglima perang. Khalid tidak kecewa apalagi sakit hati. Sebab, ia berjuang bukan untuk Umar, bukan pula untuk panglima barunya, Abu Ubaidah. Khalid berjuang untuk mendapat redha Allah s.w.t.



5.Keikhlasan hadir saat mengutamakan keredhaan Allah berbanding keredhaaan
manusia

Tidak sedikit manusia hidup di bawah bayang-bayang orang lain.. Memilih keredhaan Allah s.w.t atau keredhaan manusia yang mendominasi diri kita? Pilihan kita seharusnya seperti pilihan Masyithah tukang sisir anak Fir'aun. Beliau lebih memilih keredhaan Allah daripada harus menyembah Fir'aun...



6.Ikhlas wujud saat merasa cinta dan marah kerana Allah

Firman Allah :

"Dan di antara mereka ada orang yang mencela tentang (pembagian) zakat. Jika mereka diberi sebagian daripadanya, mereka bersenang hati, dan jika mereka tidak diberi sebagian daripadanya, dengan serta merta mereka menjadi marah." (At-Taubah: 58)

Sebaiknya perasaan2 itu hadir kerana Allah saat untuk membela agamaNya n mencari keredhaanNya...



7.Keikhalasan hadir saat bersabar terhadap panjangnya jalan

Keikhlasan akan teruji oleh waktu. Hidup adalah ujian. Ketegaran untuk menegakkan kalimahNya di muka bumi meskipun tahu jalannya sangat jauh, sementara hasilnya belum pasti dan kesulitan sudah di depan mata, amat sangat teruji... Hanya orang2 yang mengharapkan keredhaan Allah mampu tegar menempuh jalan yang panjang itu. Seperti Nabi Nuh a.s. yang giat tanpa lelah selama 950 tahun berdakwah...

Kata Umar bin Khatthab,

"Jika ada seribu mujahid yang berjuang di medan juang, aku satu diantaranya. Jika ada seratus mujahid berjuang di medan juang, aku satu diantaranya. Jika ada sepuluh mujahid berjuang di medan juang, aku satu diantaranya. Jika ada satu mujahid berjuang di medan juang, itulah aku!"



8.Ikhlas wujud saat merasa gembira jika sahabat memiliki kelebihan n kebaikan

Yang paling sulit adalah menerima orang lain memiliki kelebihan yang tidak kita miliki. Apalagi orang itu junior kita. Hasad. Itulah sifat yang menutup keikhlasan hadir di relung hati kita. Hanya orang yang ada sifat ikhlas dalam dirinya yang mahu memberikan kesempatan kepada orang yang mempunyai kemampuan untuk mengambil bahagian daripada tanggungjawab yang dipikulnya. Tanpa berat hati dia mempersilakan orang yang lebih baik daripada dirinya untuk tampil menggantikan dirinya. Tak ada rasa iri. Tak ada rasa dendam. Jika dia seorang leader, orang seperti ini tidak khuatir dan segan membahagikan tugasnya kepada sesiapapun yang dianggap mempunyai kemampuan n kebolehan....

Wallahu a'lam...

....::..Salam tazkiyatun Nafs...::..


Tuesday, March 23, 2010

~JaLaN2 CaRi TaRBiYaH!>..

Bismillahirrahmanirrahim....

Assalamualaikum w.b.t....

Alhamdulillah 3x... hari ini masih dapat menggunakan nikmat ciptaanNya... melihat, mendengar, melangkah, menyentuh, berfikir, berdebat, ber....... dan banyak lagi... ya Allah, rahmat dan kasih sayangMu amat1000 luas.... syukran ya Allah...

Apa khabar 'hati' kita hari ini??

Sihat ke sakit?

Adakah sehari ini kita gunakan untuk Islam walaupun sesaat??

Sekadar perkongsian...

Baru2 ni alhamdulillah ana diizinkan oleh Allah bersama sahabat2 untuk berkunjung ke sebuah pondok pengajian kitab / pesantren (versi indon)... di Selangor.... apa yang uniknya di sana, ana merasakan satu bentuk tarbiyah 'indirectly' daripada suasana dan keadaan di sana...

Ketika ana sampai, baru sahaja masuknya waktu zohor... selepas berkenalan dengan 'UMI' (isteri kepada empunya pondok tersebut).. kami pun bersiap sedia untuk bersolat... masuk kawasan kolah bilik air, terasyik dengan 2ekor ikan berenang ke sana ke mari di dalamnya... ana buka paip air di situ, tiada air...

"Umi... kalau air tiada, hendak ambil wudhuk di mana ye?" soal salah seorang daripada kami...

"Eh.. ambil je guna air kolah tu.. memang susah nak dapat air di sini.."jawab umi...

kami saling berpandangan... betulkah hendak ambil wudhuk dengan air kolah tersebut... sejujurnya, air kolah tersebut memang dah seperti air kolam ikan pada dasarnya, walaupun airnya bersih...

Alhamdulillah... satu pengalaman baru untuk diri ana sendiri walaupun selepas itu ramai di kalangan kami yang gatal2 kulit... mungkin alahan pada air 'tarbiyah'...

Terfikir di minda... bagaimana keadaan pelajar2 di pondok tersebut yang bertahun2 menuntut di sana boleh menghadapi keadaan kekurangan air dan fasiliti bilik air serta tandas... itulah tarbiyah mereka di sana...

Hebatnya percaturan mereka untuk memastikan tiada yang masbuk setiap kali solat... kerana jika masbuk, akan ada hukumannya oleh ustaz...

Kami sempat memerhatikan dari jarak sederhana jauh sistem pembelajaran mereka di kelas... kelas mereka bukan mengikut umur, tetapi mengikut tahap kefahaman dan pemikiran pelajar tersebut... dalam sebuah kelas wujudnya sekecil2 anak bersama remaja yang telah lanjut usia...

Tertarik ana pada kejadian satu pagi, dalam kelas tersebut terdapat seorang pelajar yang kelihatannya agak matang dan berusia berbanding pelajar yang lain (keabangan)... pelajar tersebut kelihatannya agak segan dan malu dengan kehadiran kami di sana... ana sempat mendengarkan dialognya bersama murabbi yang sedang mengajar pada waktu itu...

"Ustazah... saya malu untuk berada di sini... kelas di tahap anak2 kecil..." luahnya pada murabbi yang disegani.

Dengan tenang ana dapat lihat reaksi ustazah tersebut terhadap muridnya bersama kata2 azimat yang juga menjadi mau'idzoh buat diri ana...
"Jangan segan untuk membina dan memajukan diri.. apa2 pun, segalanya bergantung atas niat kita... Allah nilai apa yang ada dalam hati kita.. bukan pada luarannya.. Allah penilai terbaik buat hambaNya... ikhlas kunci kejayaan dunia dan akhirat..."

Walaupun bait2 kata ustazah tersebut bagaikan sudah lali di pendengaran...

tapi...

Saat itu... ana dapat merasakan satu getaran hebat dalam hati... bagai baru disuntik semangat jihad yang baru... terasa hidupnya roh dengan dengan kalamnya...

Ya Allah... rasa hina dan kerdilnya diri saat itu... "Ya Allah, janganlah Kau jadikan aku muflis di dunia dan di AKHIRAT kelak.. ketika menghadapMu..." inilah doa yang terdetik di hati ketika itu...

Masya Allah...!!

Hati hanya dapat disentuh oleh hati mereka yang disentuh olehNya...

Kuasa murabbi di sana... memberi suntikan intelektual di samping spiritual yang jauh lebih berharga dan bernilai di sisi Allah...

Alangkah susahnya mencari murabbi akhir zaman yang sebegitu... anak didik yang terdidik dilahirkan untuk mendidik... subhanallah....

Satu malam...

Kami menyempatkan diri untuk berbual dan beramah mesra dengan 'umi'...
umi dulunya menuntut di negeri Syam, Syria... Ralit kami mendengar cerita2 pengalaman umi di sana.. bertalaqi, berjuang, menimba ilmu.....

Salah satu cerita umi yang menyentuh hati ana...

Umi bertalaqi dengan seorang sheikh di sana dan alhamdulillah beroleh sanad... suatu hari, umi menunjukkan kepada sheikhnya gambar2 pejuang agama Allah di muka bumi Malaysia ini...

'Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat'...
Kata sheikhnya: "Masya Allah... zuhudnya orang ini... wara', alim... dekat hatinya dengan Allah..."

kemudian berpindah daripada seorang kepada seorang yang lain... hinggalah....

"gambar seorang muslimat yang juga merupakan pejuang agama Allah"...
Kata sheikhnya: "Bagusnya muslimat ini... lengkap pakaiannya..labuh jilbab dan bajunya... TAPI... masya Allah... hatinya kosong daripada mengingati Allah... bagaimana dia berjuang tapi kurang zikrullah dan pergantungan dengan Allah... percayalah kataku, orang seperti ini, orang yang berjuang dalam jiwa yang lalai daripada mengingati Allah, mereka ini apabila diuji akan mudah goyah dan futur draipada perjuangan...."

ASTAGHFIRULLAH AL-'AZIM...

bagai terkena sebijik atas kepala... terasa menusuk menikam hati... dalam kesibukan setiap hari, berapa kalikah aku berzikir... dengan LAFAZ dan HATI...

Istiqamah tunjang kemantapan tarbiyah... tapi bila dimuhasahbahkan kembali, betapa susahnya untuk mendapatkan ISTIQAMAH...

"Ya Allah... Engkau yang mewujudkan naluri, nafsu dan keinginan... bantulah kami hambaMu untuk membendungnya supaya lebih taqarrub denganMu... andai kami tersalah dan tersasar perjalanan menujuMu, Kau bimbing dan tutunilah kami untuk kembali meraih cinta dan redhaMu... PANDANGLAH KAMI DENGAN PANDANGAN RAHMAT DAN KASIH SAYANGMU YA ALLAH..."...amin ya Rabbal 'Alamin...

Segala yang baik dan buruk itu semuanya daripadaNya... wasilahnya hamba yang dhaif ini...

sama2lah kita hayati firmanNya dalam surah al-Baqarah ayat 218.. mga2 mendapat ibrah dan manfaatnya....=)

Salam Tarbiyyah!!

Wallahu a'lam...

Thursday, March 4, 2010

SaLaHkAh SisTeM??




Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum w.b.t.. shbt sperjuangan yg dikasihi Allah sekalian...

Alhamdulillah... di saat ini kita masih dibekalkan dengan nikamat iman & Islam yg entah disyukuri ataupun tidak...
Genap seminggu berakhirnya imtihan dunia... exam Diploma Tahfiz wal Qiraat.. pejam celik-pejam celik dah 3 tahun pengajian di Darul Quran... rasa seperti baru di 'mafatih'kan...=)

Subhanallah... hebatnya Allah memberi kekuatan yg luar biasa untuk menghafal & mengingati kalamNya...

Apa2 pun.. I'ADAH SEUMUR HIDUP!!!

bila dimuhasabahkan kembali.. rasa sayu n terkilan dengan apa yg dihadapi...

(SEBELUM MASUK DQ..)

Monolog hati : "Ya Allah... hari ni tak baca Quran lagi... patutla rasa tak tenang je..."

Quran menjadi satu KEPERLUAN!! untuk menghidupkan hati yang gersang.. Quran menjadi satu inspirasi, sumber ketenangan... rasa pengahayatan luar biasa setiap kali membacanya..

TaPiiii........!!

(SELEPAS MASUK DQ..)

Monolog hati : "Ya Allah... modal takde lagi ni... esok nak kena tasmi'.... Quran oh Quran..."

Situasi lain...

"Ya Allah... exam tak lama dah ni... banyak lagi tak ngulang..=( argh..tensionnyA!!"

Quran dah menjadi satu KEWAJIPAN..!! bukan lagi keperluan... membacanya saat ada mood.. terkejar2 untuk habiskan muqarar@silibus... apatah lagi nak tadabur!!

Bila nak exam... dah siap ada spot lagi.. surah tebuk,awal maqra', awal surah, awal juzuk... i'adah untuk exam... HAFIZ ke HABIS!! Quran seolah2 menjadi sumber kegelisahan n keresahan jiwa...

ASTAGHFIRULLAH AL-AZIM...!!

Salah siapa sebenarnya??

Terbit rasa 'fobia dengan sistem Quran'... yang mana mesti habiskan silibus dalam tempoh yang ditetapkan... tak habis muqarar, tak boleh masuk exam... serik!! terlalu serik memperlakukan Quran sebegitu rupa...

Tapi betulkah salah sistem?? atau salah diri sendiri??
Di akhirat nanti... ia akan ditanya... MENGULANG WAJIB!!

Sahabat2 yang dirahmati Allah sekalian...

Sama2lah kita muhasabah & korek ensi diri kita.. apa khabar Quran kita sekarang??

Marilah kita kembalikan Quran sebagai satu KEPERLUAN...!! di samping menjadi KEWAJIPAN...

Umat di luar sana amat2 memerlukan QURAN yang BERGERAK... hayati & resapilah ke dalam QALBU... dialog kita dengan ALLAH...

JOM KITA I'ADAH..!!=)

**salam juang n mujahadah**